09 Sept : 11.55am
September 8th, 2005 by djsempoi
Ini antara koleksi Antologi Puisi BORING PUNYA CERITA. Ada lagi yg lain…..
Antologi Puisi
BORING PUNYA CERITA
Oleh
Tommy Mandala Putra
“Perjalanan hidup ini penuh dengan suka duka mencabar. Ibarat satu pelayaran, samada sampai ke seberang daratan atau tenggelam di pertengahan”
-Tommy
ORANG & MANUSIA
ORANGSelain katak yang suka melompat Yang suka melenting-lenting Itu orang politik
Selain gajah berhidung panjang Hidung tinggi menjulang Itu orang sombong
Tidak seperti kasih ibu Bersikap haiwan bernafsu binatang Itu orang syaitan
Selain anjing mengejar bayang-bayang Dia mengejar banjaran duitan Itu orang Hamman
Selain kupu-kupu terbang malam Merentang kepak kegelapan Itu orang jalang
Selain kerbau hidungnya ditarik Melaku tugas setakat disuruh Itu orang bodoh
Selain ular tidur melingkar Menunggu hidangan terhampar Itu orang malas.
Selain anjing yang menyalak nyaring Bertempiaran bila dijerkah Itu orang penakut
|
MANUSIASelain lilin yang menyala Menebar sinar ke seluruh jiwa Itu manusia berbudi
Selain air sungai Mengalir deras mencurah-curah Itu manusia hartawan budiman
Selain bintang di alam semesta Sinar gemilang tidak terhingga Itu manusia beriman
Selain bulan yang bersinar Mengharap cerah ke tengahari Itu manusia bertakwa
Melaka 4 Sep ‘01 7.36pm
|
HATI TETAP BERSATU(ilham dari kumpulan Vox 5)
Hidup ini dalam diri
Kan berterusan mengganggu
Sambutlah kasih
Rindu dalam hati kan semula
Berikan ku kekuatan
Kurindu dirimu yang satu kan terus bersama kan terus membara
|
|
BRR…TAP…PUS…JENG
Brrrrr… brrrr… brrrrr…. Bunyi bereng-bereng Sekejap menggeleng Sekejap mengiring
Bereng-bereng mengilai nyaring Merayap, terbang memecah hening Bereng-bereng tak ambil pusing Andai datang helang bersaing
Bereng-bereng hinggap di ranting Bila malam mula menjeling Brrrr…. Brrr…. Brrrrrr….
Tap… tap… tap… Bunyi derap kedap Mantap rentap gelap Kacip kecap ketap
Pus… pus… pus… Angin meletus-letus Telus lus kudus Jurus turus mulus
Jeng… jeng… jeng… Berlagak macam anjing Tak sedar nyaring kucing Kencing bertonggeng hancing Kuning berkancing
|
|
DAERAH KECIL INI(sajak untuk
Kuala Lumpur )
Merentas ke daerah ini Yang dulunya kecil dan sepi Kini tidak sunyi Kebobrakan dunia amali
Aku kenal Pada usia yang meniti di wajahmu Aku sedar Pada parut bergarit ngilu Sendiri aku hadir Sejak tujuh musim yang lalu Bersama mengarus hiruk lesu
Sejak mula Dari dua lumpur bersatu jiwa Ghairah menegak benteng mencacak batuan rimba Tidak pernah berkalih leka
Kain putih yang tercorak di dadamu Mencanting sekumit sejarah dari lipatan Sambil noda pengganti murni Suci tercelup Dari kasih watan sendiri
Daerah ini kecil dari segi Tapi tidak sekali pada hati Berayun angan bertabur janji Untuk pertiwi sedia berbakti
Redup keamanan memayungi Daerah kerdil ini tak pernah lari Dari banjingan anti jeriji besi Untuk nikmat kesuburan hakiki
Kini Daerah kecil ini Membangun dengan seri Pada nama yang meniti Langsung petang ke fajar pagi Untuk bangsanya yang berbakti Menjulang mercu tanda pertiwi
|
|
|
|
|
SAJAK UNTUK IBU(buat bonda Ramlah)
Dari renungan mata yang mengecil Alis tua menyapu wajah bersih Sekujur kamil tak kenal jerih Menyuap tujuh mulut tiada letih
Dia srikandi jiwaku Dia lilin pembakar obor semangat Dari celah tulang rapuh Memancang usaha biar teguh
Dia teman tika sunyi Menyeka tangis Untuk aku teruskan tawa Walau hatinya hiba
Tika terbuai angin malam Sendi ceratuk menepis kedinginan Dia hadir Menggalas kehangatan Agar aku tidak kesiangan
Hadir pelbagai bala Dia tempuh jua Walau yang menanti Taufan keramat mati Dia berdiri di sisi
Hati luhur dan suci Mendahulu air di kali Jernih jeram hati Dalam pasang dan surut emosi
Dia yang aku kasihi Mengajar berjinak merpati Tapi bukan mawar berduri Melontar batu tidak sekali sembunyi diri Tidak terkenang tika mati
|
Bila terbit sinar pagi Dia bangun dari mimpi yang terulit Memeras keringat untuk berbudi Pada tanah membanting rezeki Hanya sekadar amal dan ikhlas
Kedut di muka bergaris kasar Pencalit usia tidak leka Kata keramat berbisik membuai aku Dalam angan dan harapan Agar terus menjulang Nama utuh di persada jasa
Kini… Perjuangan dan pengorbanan Kisah srikandi sejati Terpahat dalam diri Terpatri dengan janji Agar aku kembali Mendukung perjuangan murni Untuk cucunya Agar tidak alpa Sentiasa segak siaga Dan warisan diperturun
|
GETARAN
Hujan hati yang mencurah Menyapu debu merah Lantas kotoran nista Termendap di muara jiwa
Petir yang memancar Menyentap kesumat dendam Pada besi kedamaian yang teradun Akhir karat janji memusnah semua
Ini suratan kata Tinta hitam bencah di kajang masa Tiada lagi putus
Dengan tiada lengah Mencarik arca pesada Yang lama dulu Betugu di jiwa Sebelum lenyap Walau hanya guruh penggegar semesta
Goncangan dada bergetar Meranap pohon usaha Merebah tanda menghakis jaya Sebelum
padang jarak mengambil tempa
|
Getaran belum reda Taufan menggila belum tanda teduh Gelombang dusta memukul Angkara angin fitnah kencang Mengoyak layar kesabaran Menggugat sauh keimanan
Bila tiba masa Hadir awan penyejuk jiwa Hembus kedinginan salju Pada api marah membara Agar getaran yang terasa Biar menyala Dengan sumbu senyuman Panas tidak melemaskan Sambil mengadap takdir Khayalan dan nyata
Adakah kau percaya………?
|
|
|
TRAGEDI
Sunyi damai memayungi sinar pagi Kala insan kejaran menimba rezeki Pohonan batu yang memberi Limpah tugas syurga duniawi
Angin pagi yang tersenyum Menghembus untuk setiap nafas Pada kaum yang keluar berbakti Mengharap sesuap nasi
Datang gempa membelah langit Tika manusia leka datang berkait Gempita suara terjaga dari ulit Tidak terduga alami pahit
Ribuan jantung yang berdenyut Kencang memukul dada yang bergetar Bila air pasang memukul Pada batuan nisan mendongak ke langit
Kiamat dunia yang menghampiri Pada manusia tidak sedari Kinjanya mengharap belas Mohon ditarik biar bebas
Nisan batu itu Nampak angkuh Bukti pada manusia yang bersungguh Kini hancur luluh Kesan dari lempar keluh
Katakan… Apa salah jiwa ini ? Direntap dari tubuh tidak sedari Melayang bagai daun menari Hancur oleh keringat sendiri
Satu sudut dunia Tika tangis memenuhi angkasa Muncul hilai tawa Mengiringi dunia duka
Sedarkah mereka Mana silapnya ? Kesumat dendam yang membara Teralih pada insan kerdil Yang tahunya tidak bermaya
|
Dunia tiada terhenti di sini Pribumi pasti mencari Setiap titis darah Hutang dituntut pasti
Tapi pada siapa dilempiaskan Angkara yang tiada tanda Entah esok siapa pula Besemadi dalam rentungan keluli
Biar segunung emas tertempa Takkan berdiri nisan waja Hanya tinggal papan tanda Gahnya dia suatu masa
Ceritera yang tiada penghujung Taufan balas pasti bertiup Memukul benteng dendam terbungkam Maha hebat sejarah bermula
Moga-moga Kita tidak leka Pada kaki mereka yang tersadung Agar kita tidak terlambung Pada riba kuasa dunia
Amin…….
|
|
|
|
Merenung ke daerah emas Dari
New Jersey melangkah kemas
Ibu warganya menanti Dengan cita terjulang tinggi
Liberty ibu
kota keamanan
Memayungi bumi
New York Hanya memandang sayu Anak kembar WTC tercinta Diragut dari mata
Tanah Manhattan bertaruh nyawa Menampung WTC menyembah muka Time Square bersusul jerit hiba Terkurung di syurga neraka mereka
Raungan Rockefeller center memecah Tiada lagi kegirangan mencecah Pada hiasan dan kenangan Tenggelam dalam banjir kekalutan
Debu mayat menerbang Meliputi awanan Menjalar Brooklyn hingga ke
Boston Beraraklah mega mendung duka Menutupi mata
Di Broadway Tiada lagi Romeo cinta Hilang suara juliet Hanya nyanyi dan tari lagu sepi Persembah ke pentas dunia
Wall street menunggu saat Dow Jones menghitung angka menjunam Pada saat dan waktu Yang dahulu melontar dollar ke udara Hampir mengemis kini Sebelum yang lain lega Dan percaya
|
Geletar tubuh ibu
Liberty Kala jerit tangis mencengkam Hanya mampu berdiri Mohon tidak menyembah bumi
WTC tak seberapa usia Awal dewasa mencecah Tersanggah sejarah hitam Tercalit memori kelam
Yang rebah itu Mercu manja
New York City Ke bumi bersama Manusia yang tak mengerti Peperangan mengakhiri Riwayat diri
Manhattan berlabuh sedu
Brooklyn merembes air mata sayu
Liberty tetap kaku
Mungkin menanti waktu
Pada dunia Angkat ia teladan semua Agar tidak terulang silap lama Ribuan jiwa berbara
Usah alpa Kerana leka akan membinasa Sebuah tamadun Biar kental terbina
Moga-moga…………….
|
KEMBARA KHALIFAH
Dalam pencarian Sebuah kembara panjang Mengukur musim berselang Mengendong bekal harapan
Kembara henti seketika Di bawah cemara kehidupan Bersandar pada dahan keimanan Bertongkat timbunan usaha
Di sini segalanya bermula Kembara khalifah dunia Membina tamadun bangsa Dari tapak asas cemara
Ada ketika
Khalifah lupa Cemara kehidupan yang memayungi Dicantas haloba Angkara menurut nasfu semata Akhiran merana
Tak mungkin sampai bila-bila Cemara utuh di singgahsana Kesan robekan khalifah alpa Hanya melekat getah sia-sia
Khalifah lupa Kehidupan sementara Kelak cemara binasa Kembara baru pasti bermula
|
Tidak sedari Waktu tua yang terisi Meniti hari untuk diratapi Sampai kini Masa belayar pergi Tanpa isteri Hanya berteman diri
Kembara khalifah kini bermula Ke satu perjalanan panjang Hingga satu masa Akan terhenti Untuk selamanya
Dalam perjalanan ini Bekalan hidup di cemara dunia Menghakimi nasib kembara Memijak rumput selesa Atau Mengarus gurun membara Untuk sampai ke cemara abadi Yang telah dijanji Satu hari nanti
Pasti……….
|
|
|
|
BINTANG HATI
Bintang tujuh kerdip tinggi Di angkasa biru penghuni maya Menyimbah sinar tika suria berlabuh Memuncul bulan untuk dipagari
Bintang jula yang jauh Cahaya terang hingga fajar meninggi Melunas cahaya dalam kegelapan pagi Walau panas bisa mencair keluli Indah menari tanpa bahang meresap diri
Kerdip yang menjadi pandu Kembara dagang sejak dahulu Tanda kelahiran yang berpayung Pada setiap buruj bercantum
Aku mencari Dalam kekalutan suram malam Di mana alamat Bintang hatiku? Berharap bintang hati Memayungi rumah sepi
Tamsil diri perahu kerdil Berombak di dada laut hidup Mencari pedoman dari petunjuk Pandu dari buruj di langit Agar sampai ke seberang daratan Biar perit
Akhir pelayaran abadi Mencari bintang hati Dalam erti diri Ketemu di rumah sepi
Rumah kecil berdenyut nadi Galas carian hakiki Kenali perahu diri Suatu hari Akan kembali…..
|
|
AKU INGIN BEBAS
Aku ingin bebas Tidak seperti layang kertas Gemalai merentang gemawan Gapai terhalang tali berentang
Aku ingin bebas Tidak sebebas helang Menebar sayap ke gunung Lantas alpa kembali ke pohon
Aku ingin bebas Tidak selincah baung di kali Akhir tempat ke lumpur pergi Tempat lahir diri
Aku ingin bebas Tidak sepantas kijang yang berlari Akhir kaki menjerat diri Pada kepenatan buatan sendiri
Aku ingin bebas Biar ibarat burung kertas Setinggi melayang bersama had Kelak kembali ke dataran asas
Aku ingin bebas Biar buta bermata ikan Kilas di air dapat diduga Dari mara bahaya
Aku ingin bebas Melantun dari sangkar hisab Nasib yang telah ditentu Oleh taraf tangga usaha
Aku ingin bebas Pada erti kedamaian Sebuah kehidupan panjang Dengan rahmat ketentuan
|
|
NASIB SEBUAH KEMBARA
Aroma kudus menerjah Menjurus ke gua haruman Remang tertancap hidang Terhampar lazat tersedia
Bismillahirrahmanirrahim…! ucaptama Rongga luas terbuka Menghampar permaidani rasa Mencuba nikmat bergula Tiada tahan membaham semua
Kembara rezeki bermula Tatkala permaidani rasa Mengutus pengisar Mengalir sup liur mesra
Tiba di satu negeri Gua laung menelan rezeki Udara terpatri Terkunci mati
Salur mengurut lancar Sesekalah harap air bencar Menyelusuri hingga ke tasik Tempat mula bersemuka
Burrp… ! tanda lega Alhamdulillah… ucap untukNya
Kembara tak terhenti di situ Perjalanan penuh dugaan Disergah pelbagai ramuan Agar sebati teradun nyaman
Bersama-sama mereka Membentuk bala tentera Mara ke
medan punca
Menuju ke tapak cita Pada jalan yang panjang Dan bersimpang siur Entah ke mana haluan Yang pasti ke satu tuju
|
Hingga satu masa saat dinanti tiba Cerutan maha hebat bermula Sebagai tanda meraka siap sedia Untuk terus mara tiada leka
Rongga kecil sedikit terbuka Tertancap alam dunia Tuju hanya lubang sisa Di situ mereka Bersemadi selamanya…
Ahhh… ! lega…!
Melaka18 Sep ’01 4.19pm
|
|
|
|
|
(Untuk dia yang mengerti)
Aku pernah kecewa Oleh manusia Hati pernah terguris luka Dari pisau kepuraannya
Hampiri dua kemarau Dalam mencari setitis air kasih Aku gembira Hujan ceria yang tersimbah Pada gurun derita
Hampir dua musim luruh berlalu Tiada ketemu jawapan setia Dari kasih seorang hamba Mengharap musim bunga Mekar pada kelongsong cinta
Aku jumpa dia Ketika luruh musim masih mencecah Pada kedinginan hati seorang lelaki Dia turut tersimbah Hasil dari hujan kehancuran yang sama
Gelodak jiwa Pada musim ini Berdentang deras Apakah ini tanda Akhiran tiba Lantas Musim bunga Memekar kembali Hasrat murni Seorang pencinta agung
Aku sangsi Untuk kata keramat dibisikkan Aku buntu Andai musim bunga yang diharap Terbalas kemarau panjang semula Mungkin hatinya Hanya sekadar ingin berjalan bersama Mengharung luruh yang masih tiada hentinya
|
Lagaknya tampak biasa Tapi aku senang Pada tumpu dalam gelaknya Aku selesa Pada diri yang terteman olehnya Apakah itu petunjuk nyata Dari seorang pencuri hati yang agung ?
Biarkan semua Biar haluan musim ditentu olehNya Aku hanya menanti Agar musim bunga Bakal terganti Berbekal pada keikhlasan hati Dari budi setia Untuk pengunjung taman cinta
Berkisah kemarau derita Saat ini masih bersenang pada luruh kehidupan Mungkinkah esok tiba Bunga cinta Mekar dengan setia
Entahlah…….
|
|
|
|
|
|
MELODI KASIH
Tali sepi dipetik Seruling rindu bergema Pada alam yang memayungi Melodi kasih
Penciptanya Seorang teruna hampa Pada dataran kecewa Lantas mengalun Lagu sedih
Pendengarnya Seorang perindu kasih Pada batas yang tidak tersia Alunan hilang pada lamunan asyik Gesekan kenangan semalam
Melodi kasih masih berlagu Menyentap pada jiwa penciptanya Kerana tahu maksud tuju Sebuah alamat cinta jujur
Keheningan syahdu mencecah Naluri pendengar Seakan mengerti Melodi kasih untuknya Dari dia yang terkecewa
Melodi kasih bercerita Ceritera Laila Majnun Satu ketika Dia Romeo cinta Pada Juliet yang setia
Biarkan melodi kasih itu Mendayu pada kenangan Kerana mereka tahu Takkan hadir cinta lalu
Walau hati beralih dan setuju Takkan terbina kembali tugu Hanya melodi sedu Menjadi buku Cerita dahulu
|
Pergilah melodi rindu Sampaikan kucup kasih pada hatinya Tanda lapuk masa dulu Merekalah Uda dan Dara Yang berpanjangan setia
Melodi kasih….. Melodi rindu….. Kasih….. rindu…..
Kuala Lumpur
1 Oct ’01 5.17pm
|
|
(Pada insan istimewa pertama)
Setiap detik Kulewati musim sepi Aku merindui Kehangatan dakapan Insan bernama kekasih hati
Sejarah jiwa ini Hanya terketuk sekali Pada pintu kasih hati Yang pernah aku kenali
Kemudian dia pergi Dengan lambaian sepi Untuk aku selusuri Simpang keperitan Di jurang kecewa
Hatiku pernah kiamat Bila halilintar yang tak terduga Berlaku depan mata Tanda akhiran cinta setia Dari manusia yang telah beralih kasta
Hairan Tiada kata nista kuucap untuknya Walau darinya berkendong kanan dan kiri Hanya air mata dan doa Agar makbul dia kembali
Lembaga kenangan hitam itu Menarikku ke puncak gunung batu Sebelum melempar bagai sehelai daun Langsung hilang di jurang yang dalam
Sedari dari lamunan sedih Merintih kasih Rindu terukir Biar pada batu berapi pedih
Semalam Aku meruntun Tapak pertama kenalan cinta Dan aku terkedu Acap kala aku mencanting Permulaan cerita manis Yang terpalit nota sadis |
Mungkin esok atau lusa Aku lalui daerah ini lagi Dan mengingat kembali Saat kau masih di sisi
Terus mengulangi Tiada henti Selagi kenangan dan rindu kasih Teguh memayungi Walau kau tidak sekali
Izinkan aku Terus melamar rindu Yang berdetik dari kesucian hati Seorang lelaki Dan berdiri Bersama budi
Dan rindu berdetik lagi…..
Kuala lumpur
4 Oct ’01 10.20am
|
|
|
|
|
JALAN INI
Tika usia Lewat mencecah separuh abad Aku bertanya diri Ke mana haluan pergi
Saat itu Kekaburan masih mencengkam Pada harapan dan cita Mengukir mercu jaya
Ranjau hidup ini Penuh keperitan Dan batuan berliku Untuk aku tempuh Dalam kelok kehidupan
Teringat pesan ibu Pilihlah ke mana tuju Asal pasti ketemu Jalan cita yang satu Walau hijau langit bertemu
Terngiang bisik ayah Jangan jalan orang Lembut selesa berpijak Akhir jalan sendiri Tumit berjingkit perit
Ikut naluri Apa laluan salah kuteraju?
Itu pembekal diri Pada tugas satu kehidupan Yang masih belum selesai
Kufikir kembali Andai jalan kemewahan dikecap mudah Pasti hilang erti usaha Dari seretan denai melata
|
Ingatan untuk manusia Pastikan jalan itu Biar ke destinasi pasti Walau binaannya berkelok seribu
Aku harus berkira kembali Pada pertengahan jalan yang telah kupilih Kerana jalan itu Tidak serasi jiwa Pada arah selekoh seni Tertumpah di simpang hati
Harap doaku Biar jalan ini Menjanjikan syurga Pada insan yang menghamba
Jalan ini Telah kujajahi Sejak dulu Dan pasti Hingga akhir nanti…..
|
|
TEKAD HATI (Mampukah aku?)
Geletar tubuh Tidak pada kedinginan Ceratuk gusi Tidak pada musim tua
Melirik padanya Yang kering berguling Dalam balutan rapi Mengendeng agar dihampiri
Sahabatnya Sang Api Menunggu saat untuk memercik peranan Agar tubuh dibakar Untuk dia melahir asap syahdu Pada dalaman yang memerlu
Kala disedut dalam-dalam Membawa bersama pembunuh senyap Kegilaan hilang Timbul ketenangan Pada kadar sekejap
Pantun orang lama Hisap rokok tembakau cina Keluar asap berbunga-bunga Wahai adik abang bertanya Cincin di jari siapa empunya?
Namun pada hakikat Hisap rokok tembakau cina Asap keluar berbunga bunga Pada tika sekali kena Bermula hidup bertaruh nyawa
|
Aku sedar Terjebak bercinta Padanya yang tak setia Meragut jiwa pada akhirnya
Saat ini Tekad memenuhi diri Agar ku kembalikan Kesucian diri Dari kekotoran membunuh
Biar dia mengilai memanggil Akan nekad berpahat getir Untuk melihat zahir Kembali putih seperti lahir
Dan udara nyaman berganti hadir……..
Melaka 7 Oct ’01 12.38am
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PERJALANAN ANAK PENTAS
Tirai diangkat Pandangan gelap membuta Peranan cahaya tujuh Melilini pentas itu
Melodi beralun Pembuka jalan cerita Sebuah permainan Tempoh dua pusingan pasir
Turun insan bermuka watak Memula cerita pada garis sedia Mencarut cerita malam itu Untuk dikhabarkan pada yang di bawah
Tampil berpasangan Jalan cerita berayun dengan masa Bercerita dengan sendiri Pada lakon anak seni
Semua sekutu bersatu Suara, cahaya dan lagu Yang di bawah tidak buntu Mentafsir cerita bermutu
Sampai pada masa Pusingan berlalu pantas Cahaya mula kelam Sebelum terkatup kegelapan
Tepuk sorak bergema Tika nama mereka diteriak Dan disusul pula Sang sutradara Nahkoda satu cerita
Tiba pada saatnya Tirai berlabuh tanda selesai Satu penceritaan Kehidupan sinis yang dilakar
|
Dan mereka pulang
Ada senyum kepuasan
Tidak kurang cela terkarang
Kuserahkan pada mereka Yang pasti tugas malam itu Sudah dijelaskan Biarkan mereka bersama tafsiran Kerana itulah fitrah Seorang anak pentas
Melaka 7 Oct ’01 10.03pm
|
|
BUDI (Itulah harta kita)
Sebutir permata indah Bersinar terang membelah Jatuh di butiran pasir Yang bukan ratus bilangannya
Dalam ribu juta angka butir kecil Cahaya permata itu Tiada hilang sinar Biar segunung cemerlang terang Terhadang oleh lautan perang
Itulah umpama budi Yang tak pernah lari dari akal dan hati Warisan bangsa kita Dulu dan kini
Biar sekelumit budi tertabur Andai jatuh diselimut masa Pasti utuh dalam kenangan Oleh yang menghargai
Melayu dan budi Ibarat beras dan padi Tiada asas tanpa diri
Budi itu jangan kurang Apatah lagi untuk hilang Kerana ia membentuk Bangsa kita terpandang
Sejak berzaman Ia lahir selari Bersama watan Yang setia azali
Segemal padi bertampi sudah Daun kunyit celah jerami Sekunca budi bukannya mudah Ibarat langit dengan bumi
|
Hidupkah bangsa tanpanya Terisikah jiwa tanpanya ?
Pasti jawapan itu
Ada dalam kesumat bangsa sendiri
Yang mampu mencorak Watannya dari kasih dan iktikad
Pada orang kita Jangan sampai hilang ia Walau kadang kita terlupa Baiknya ada sentiasa Untuk belayar pada laut kehidupan Agar kita dikenali Sebagai nahkoda terbilang
Budi…. dan jasa….
|
|
RINDU SAAT INI
Lamunan berpanjangan Tika ini tiada tanda reda Kilas wajahnya terpampang Di layar mata
Malam mempahitkan kepekatannya Sedang aku Memaniskan memori lama Untuk dicicah bersama perit Yang tak pernah terubat
Rindu itu Tak henti menerpa saat ini Entah mengapa Album cerita dahulu Mengekang mata Dari membaluti bebola kaca ini
Rindu pada kekasih Boleh dibunuh dengan tugasan Rindu kenangan Adakah senjata ampuh ?
Legar rindu berputar Sepening gasing kenangan Mencungkil tanah derita di dada Membentuk lubang sengsara
Menginjak tubuh Saat rindu bertaut Tak mahu melerai Pautan memoriku
Nanar aku dengan keparahan ini Mengharap hadirnya doktor kasih Untuk diubati rindu di hati Yang hampir mati
|
Berikan aku Ubat keredaan rindu ini Yang tak mungkin terbalas Hanya dikelilingi bicara sepi
Rindu yang datang Sungguh memerit tubuh kerdil Getap dada Bagai runtuh terhempas Oleh ombak kecap rasa
Tuhan Kuasa rindu ini Amat menyakitkan Hanya padaMu Rindu ini Harus ku arahkan…….
Melaka 8 Oct ’01 11.34pm
|
|
|
|
|
TIK… TOK… (Demi masa)
Tik… tok… tik… tok… Tok… tok… tik… tik… Tok… tik… tok… tik… Tik… tik… tok… tok…
Tok… tok… tik… tik… Tik… tik… tok… tok… Tok… tik… tik… tok… Tik… tok… tok… tik…
Tik… tok… tok… tok… Tok… tik… tik… tik… Tok… tok… tok… tik… Tik… tik… tik… tok
Tok… tok… tok… tok… Tik… tik… tik… tik…
Dong…! dong…! dong…!
Apa yang telah kau lakukan Selain melangut pada coretan ini ? Berapa harga waktu Yang tertumpah hanya di sini ?
Yang pasti ia tiada henti Tik…! Tok…! Tik…! Boom…!!!
|
|
|
PUITIS AKHIR (Sebelum aku mengorak langkah)
Satu ketika dulu Aku pernah bersyair Pada kalian Agar hadir bersama dalam khayalan
Syair itu Berkisah pada lemah tubuh Seorang insan Yang kerap menghamba Pada cinta lalu
Putaran masa pantas beredar Segenap putaran demi putaran Tugasan matahari Sekerap itu Ia tak berhenti
Akhir saat ini Kubebaskan beban Yang sengaja tergalas Pada bahu harapan Yang pastinya Tiada ketemu jawapan
Tekad hati Hari ini Aku akan kembali Memulakan nafas baru Membentuk bayi Bernafas azam kukuh
Langkah terus mara Bersandar pokok harapan Agar terus memecut Memintas tali kemenangan
Tiada lagi Aku yang kau kenali Tiada lagi Keseronokan dunia tanpa sempadan Kerana dewasa aku Membenteng silap silam
|
Selamat tinggal semua Pada derita dan air mata Mungkin ini Puitis akhir dari sahabatmu Yang terlalu mendamba Dan mengharap
Jika musim bunga enggan tiba Biar kuisi bunga cinta Dengan kelongsong cita
Aku terlalu lama tertidur Dari empuk bantal angan Kini telah bangun dari ulit Lalu langkah dewasa kuteruskan
Ibu dan ayah Tugasan utama seorang anak Akan berbekal dengan sumpah Bahawa si sial ini Bakal membawa keramat Dan menerbangkan kalian Ke bumi suci tuhan
Insyaallah……
|
tommy mandala putra
















