25 Nov : 4.20pm

November 25th, 2005 by djsempoi

Sempat juga aku tulis coretan ni walaupun aku tengah on-air duty.

Semalam aku dah start final exam. Malam sebelumnya aku bikin nota, tu pun sekerat jalan jer, tengok tv ada cerita cina, terus tengok sampai kul 4 pagi. Pastu kemas rumah. gosok baju, tak tau nak buat apa lagi. Nervous agaknye. At last pukul 6 aku baru terlelap. Pukul 9 kena masuk exam hall! rabak mata…..

Takpelahlah. Cuti sehari suntuk duk rumah. Lepas habis exam, aku balik rumah, tengok tv. Main game, bosan! tido, bangun bosan! main game lagi, petang gi swimming, bosan! naik atas, tukar baju, gi makan korean food kat Jln Noja. Order Bugogee Set, Terbang $45! makanan penuh semeja! takkan boleh habis sorang? aku call member aku. Mereka turun 4 orang, tambah aku 5 orang. ALamak ramailah pulak! takpelah sekali sekala… Terbang $150.

Balik rumah, mengadap depan komputer. Browse, browse browse

Masuk MIRC

Masuk Yahoo chat! bosan,

Tengok movie ‘Run Lola Run" from Germany dan "Love, Sex & Eating the Bones" filem Canada. Aku memang penggemar filem-filem independant. Hollywood tolak tepi. Dalam sejarah hidup aku, aku cuma pergi tengok wayang 6 kali. Sekali masa sekolah menengah, 3 kali masa kat Universiti. Sekali dengan Fiza O tengok "Passion of the Christ" dan satu lagi ngan ex aku pergi temankan member kitaorang tengok LOTR-The Two Towers.

Hari Sabtu ni aku ke KL. Singgah amik parents aku di Melaka. Malam minggu ni ada Diner with AKSHAH - Persatuan Alumni Bekas Sekolah Borading School aku. 27 hb ada majlis kahwin sedara kat Pandan Jaya. Tahle. Aku tak kenal pun tapi mak aku kata sedara dekat. Iyelah kot! apa salahnya kenal2 dengan sedara. Yg jauh didekatkan.

Ahad malam tu aku harus balik semula ke Singapore, Ada gala dinner dengan SMCCI.

Perghhh penuh betul aktiviti minggu ni.

Oklah…

17 Nov 4.15pm

November 17th, 2005 by djsempoi

Orang kata "Kalau kita terlalu mengharap, pasti tak dapat. Bila tak, tetiba dia datang"

Dah hampir 2 bulan aku tunggu cek payment Anugerah yg sepatutnya sampai bulan Oktober. Hari-hari check post box, kosong! hampa!. Tiap tiap hari aku tunggu barang yg aku purchase online, pun sama; tak sampai sampai!. Printer aku yg rosak tu tak usah cerita la. Sejak bulan ogos till now masih belum siap. Org tu kata printer hilang! tention aku!!!!! rasa macam nak telan orang jer…

Tiba2 jer semua berubah! Aku terima cek aku yg lama tertunda. Tetiba je aku terima satu lagi cek dari majalah Manja pasal write up aku ke europe. Tetiba je barang yg aku beli online tu sampai. Tetiba je printer aku yg rosak tu dapat replacement yg BARU lagi.

Hehehehehe kehidupan aku hujung tahun ni agak ceria sikit. Cuti untuk tahun ni cuma tinggal 3 hari. Tiket ke Europe yg aku beli tu sah laku sampai hujung tahun ni jer. Tapi cuti takde. Hmmm terpaksalah tolak kat adik aku…. Dah rezeki dia.

Kelas-kelas exercise yg aku join berjalan lancar. Semua ok! kena biasakan ke gym 3 kali seminggu at least!

Minggu depan exam, belum bukak buku lagi. biasalah last minute monkey! hahahaha

Cuma my love life je yg agak beza sikit.  Ahhhh apa susah nak cintan cintun, solo lagi baik. Tak payah commitment! Tak mau cinta lagilah. Serik!

Hehehehe I’M HAPPY NOW

17 Nov 10.20am

November 16th, 2005 by djsempoi

Lama aku tak menulis sejak coretan balik kampung tu.

Malam tadi aku tiba2 je rasa rajin to the max. So apa lagi start mengemas habuh satu rumah! baru aku sedar dah berapa lama aku tak kemas rumah. Vacum cleener menjerit suka bila dapat habuan besar! hehehehhehe

Pukul 12 tengah malam aku selesai, turun pergi kedai beli rokok, naik semula, lepak di balkoni menikmati pemandangan malam mengadap laut! lampu-lampu kat tepi laut dengan tiupan angin buat aku stim sekejap. hehehe Aku pandang ruang rumah aku. Hmm kalau ada housemate pun best gak kan. Boleh layan aku bercakap.

Pukul 7pagi aku bangun. Duduk tepi tingkap mengadap laut tunggu matahari naik. Gila punya keja! Batuk aku pun semakin menjadi jadi. Sah sebab kemaskan rumah malam tadi.

Aku suka lepak rumah sekarang ni. Dah bertahun rasanya tak ke bar/disco, explore hiburan malam. Maybe takde kaki kot! semua kat KL :-(

So kalau hari cuti, aku lepak rumah sepanjang hari, tengok DVD, atau gi pekena sushi kat Genki Sushi atau gi shopping kat Ochard. Beli kasut/perfumes/baju atau sekadar window shopping je.

Ish! dah lambat ni. Nak gi  gym. Mandi dulu ye! chiao!

Aku Masih Ingat

October 31st, 2005 by djsempoi

Aku baru habis on-air duty, terus naik ke office. Check surat dalam pigeon hole. Ler.. berlambak lagi kad raya yg sampai last minit ni. Kei Ria Ceria hari ni seronok & sedih. Seronok sebab edisi hari raya, sedih sebab hari ni my best fren Jimmy di Batam, last bertugas sama-sama. Lepas ni takde lagi dengar suara dia mengusik Lina. Tapi takpe dia masih di Batam.

Aku bercadang balik kampung lepas duty hari Rabu, kira petang raya la. Sampai mungkin malam (Kalau aku tak drive macam ributla). Petang semalam mak called. Dia sedih sebab aku langsung tak dapat buka puasa dengan dia. So, aku decide nak balik awal. Aku call boss aku mintak cuti hari Rabu, nasib baik dapat. So aku nak kasi tau mak  dulu. Biar surprise dia tengok aku balik! I miss her!

Aku ingat lagi masa dulu2, hari terakhir puasa kami satu keluarga akan makan ‘besar’ - barbeku, makan meja bulat (pengaruh cina dari arwah datuk aku), bercerita dan berborak sambil tengok orang main mercun dan bunga api. Petang sebelumnya aku dan abang aku masuk dalam hutan cari buluh - bukan buat lemang tapi nak buat meriam buluh! main perang-perang. Pastu aki amik plug moto, letak belerang, pastu lambung bila jatuh dia punya bunyi boleh gegar satu kampung. hehehehe seronok bila fikir raya di kampung. Kalau di Christmas Island raya boring!

Aku ingat lagi aku main mercun roket, terus masuk rumah cina dan kena patung boncet! hehehe lintang pukang lari bila Ah Tiam (anak dia, member aku gak lah) datang cari aku.

Aku ingat lagi malam raya selalu ada orang2 masjid datang bermarhaban. Aku tolong angkat air, makan ketupat. Sekarang ni dah kurang la. Orang muda banyak dah lari ke bandar. Tapi aku ingat lagi, bila malam raya ramai kawan2 aku datang rumah sebab nak makan ketupat cicah sambal sotong kering! fuhhhh!!! terangkat. Mak giling sendiri pakai batu giling. kesian Mak, habis merah tangan die.

Kalau raya kat kampung aku di melaka, kena bangun awal. Pukul 4am mak aku dah bising suruh bangun! Aku bangun pun sebab nak sambung main mercun… hehehe nakal aku waktu kecik2. Bila dengar orang takbir pagi2 tu baru masuk, mandi air perigi (Brrrrr sejuk giler). Lepas sembahyang subuh, orang dah start menziarah. Sebab ayah anak sulung, mak pun anak sulung, so tak payah pergi mana2 semua sedara datang rumah aku. Just tunggu je depan pintu collect ‘tol raya’(macam ceti seh!)

Aku ingat lagi, lepas sembahyang raya (actually tak sembahyang pun, just lepak2 je kat situ, masjid penuh giler) terus balik rumah tukar baju baru. Tamatlah era pakai baju melayu. Tak macam di Singapore ni, ke mana2 pun pakai baju melayu. Sekarang ni aku rasa syok plak pakai baju melayu bila raya. Heh! aku ni baju melayu pun takde…. Takpelah. nanti beli je kat pasar ramadan.

Aku ingat lagi pergi beraya rumah makcik aku, Pelakon Noreen Noor. Dengan tak sengaja dia tumpahkan air atas seluar aku. Waktu tu tahun 80-an dia tengah HOT! so dia dengan manjanya lapkan seluar aku yg basah tu…. hey nasib baik aku budak lagi, kalau tidak… Bila nak balik, bebudak lain dapat 50 sen aku dapat 1 ringgit! hahahaha

Cakap pasal Noreen Noor, aku teringat satu perkara. Rumah aku ni tepi jalan. Dan di sepanjang jalan tu dikenali sebagai street of artis. Ada penyanyi Nouri, Noreen Noor, Eisya, Anuar & Ziana Zain dan now aku pun masuk list hehehehehe

Itu kenangan masa aku kecik bila balik dan raya kat kampung. Sekarang ni aku tengok suasana dah jauh berbeza. Masa aku kecik2, aku jalan kaki sampai ke kampung sebelah, beri salam, makan sikit lebih kurang pastu mintak duit raya. Balik rumah kira duit raya, dapat gak 50 ringgit. Budak sekarang ni mewah. Dia nampak duit satu ringgit dia ketawakan kita! hampeh sungguh! Lagi pun mereka tak suka keluar beraya. TV ada macam2 rancangan raya. Duduk rumah je lah bebudak tu.

Memang seronok jadi budak kampung, beraya di kampung, duduk di kampung. Aku bangga menjadi sebahagian dari mereka (walau pun kadang2 je aku balik kampung)

Masa arwah datuk aku masih hidup, aku selalu serang rumah dia. Dia mesti simpan duit syiling dalam botol. Dia suruh aku amik sendiri. Aku pun apa lagi, kembang je jari aku ni nak mencekut! duit syiling tu. heheheheh. Nasib baik waktu tu aku kecik lagi, so besar mana sangatlah tangan aku nak amik duit tu kan….

Kenangan…………

Tinggal kenangan…………..

Entahlah……

Aku rasa aku dah kena penyakit HOMESICK!

- Aku rindu pada bau kampung

- Aku rindu mak

- Aku rindu ayah

- Aku rindu adik-beradik aku yang dah semakin jarang aku jumpa, rindu nak bergaduh, bertumbuk, berkelahi, berebut basikal, berebut hadiah.

- Aku rindu asam pedas

- AKu rindu nak ikut nenek aku ke sawah, buat scarecrow, halau burung helang (Looooooo Langggggggg!!!! - Arwah nenek aku ajar camne nak halau)

- Aku rindu nak konvoi dengan member-member pergi beraya rumah classmate yg pompuan, yg cun-cun!

- Aku rindu semuanya!

- Aku rindu pada Dina…. (My Ex; but I still LOVE her dearly!)

So aku call boss aku, tahun ni aku raya lama sikit! selalunya satu hari je then kena balik singapore sambung kerja.

Tunggu je Kampung ku

Besok aku balik…………………….

Ade sesiapa yg beraya di Melaka tahun ni, jemputlah datang rumah (Kampung Serkam Pulai)

Salam Aidilfitri untuk semua

Maaf Zahir Batin

-Sempoi

27 Oct : 1.30pm

October 26th, 2005 by djsempoi

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN

1426 H

"MAAF ZAHIR BATIN"

Kadraya

12 Oct : 11am

October 11th, 2005 by djsempoi

Hmmmm hari ni aku cuti. Boring gak tak tau nak buat apa. So apa lagi kemas rumah. Sejak pindah rumah, aku belum habis kemas lagi. Yelah rumah duduk sorang barang rumah macam orang dah beranak 10. hehehehehe

Kad raya speacial yg aku tempah dah sampai yesterday. Tak banyak ada 40 keping je. So, sape nak kad raya hantar la kad korang kat aku, kalau sempat aku balas. Kalau tak sempat sorry yek! (Apalah sempoi baru seminggu puasa)

Petang ni nak gi gym. Ada kelas pilates pukul 6.40pm. Buka puasa dalam kelas je lah.

Ok! nam mandi. Nak servis motor aku yg dah hampir reput tu.

Chiao!

10 Oct : 9:40am

October 9th, 2005 by djsempoi

Huuaaargghhh
Aku terbangun pagi ni bila ‘alam’ mengejutkan aku. Bila matahari naik, cahaya jatuh betul2 atas muka aku, so every day 7.30am aku mesti dah terjaga. Best jugak bangun awal. Rasa hidup ni panjang untuk satu hari ni.

SELAMAT PUASA untuk semua! akhirnya aku punya kesempatan untuk menulis. Hujung minggu yg baru sudah agak tight. Member2 baik aku dari KL turun dan shopping kat Singapore. Aku pun apa lagi, join sekaki la. Berbuka di Seoul Garden, then terus dengan aktiviti mrnghabiskan duit di Ochard. Dari satu kedai ke satu kedai kami redah sampai kedai nak tutup. Aku habis SGD1700. Dapat seluar, baju dan 2 pasang kasut dan 3 perfumes. Member aku dari KL ni lagi tenat! dia habis almost SGD2500! Sampai di Mustafa Centre dah midnight. Aktiviti memborong diteruskan. Member2 aku semua cari perfumes. Aku dah beli tadi, so beli deodorant je la.

Sampai di hotel pukul 3 pagi. Terus sahur & ZZZzzzzzzz……

Member aku cakap, mereka nak datang lagi seminggu sebelum raya untuk shopping raya. Aik heran jugak aku. Yg baru beli tu bukan shopping utk raya ke? Bukan… tu suka-suka je… iyelah. ikut suka kau lah. Boleh aku pun join sekaki hahahahahahahahaha

Oklah nak mandi.

Chiao!

26 Sept : 9.00am

September 25th, 2005 by djsempoi

Pagi ni aku bangun dengan pandangan yang berbeza. Rumah aku kosong!!!!! Bukan kena curi tapi aku dah bungkus nak pindah rumah baru.

Banyak kenangan selama aku di sini. Tapi hidup harus diteruskan… kan kan kan…

14 Sept : 10am

September 13th, 2005 by djsempoi

CoversungguhAku bangun bukak PC terus masuk lelaman Sungguh! (http://www.sungguh.com) Alamak!!! cover aku dan Nurul. Ni mesti nak cerita pasal rambut lagi. Haiiiii tak penat-penat diaorang ni. Takpelah asalkan kauorang bahagia. Ok kalau sesiapa nak baca apa yg ditulis, baca artikel di bawah (bukan aku reka ye…) :

Kepetahan dan chemistry mereka dah tak boleh
disangkalkan lagi. Malah telatah mereka berdua beraksi di kaca TV
ketika mengacarakan rancangan Anugerah, menghiburkan ribuan penonton
setiap minggu. Nurul Aini, dan DJ Azmi (Sempoi) kini sudah menjadi
“household names”, memandangkan pertandingan Anugerah yang semakin
sengit kini, dan mempunyai ramai penonton setia.

 

Sudah menjadi lumrah industri ni, kalau ada ramai
yang memerhati, mesti setiap gerak laku diteliti. Walaupun keserasian
mereka berdua dah tak dapat dinafikan lagi, namun ada jugak pihak-pihak
yang mengatakan kepada Krew Sungguh! bahawa mereka ni tak sesuai
dipadankan. Kata mereka, tak compatible in terms of looks.

 

Bukan itu sahaja, hampir setiap minggu, Krew
Sungguh! mesti terima, dengar, dan terbaca komen –komen dari penonton
Suria, mengenai mereka berdua ni. Kebanyakan komen ini mesti ada kaitan
dengan penampilan mereka.

 

Malah, baru-baru ni Krew Sungguh! pun ada terbaca
di akhbar, komen dari pembaca yang tidak begitu setuju dengan stail
Azmi mewarnakan rambutnya setiap minggu.

 

So, untuk edisi Sungguh! minggu ini, Krew
Sungguh!rasa sudah sampai masanya untuk mereka diberi ruang dan peluang
to speak up. Kesian pulak tengok kedua-duanya dikritik dan dikomen
secara berterusan! Mari kita dengar pula dari mereka.

 

 

Azmi telah ditegur on national paper, tentang warna rambut yang sering diubah-ubah. APa komen you?

Azmi: Baru-baru ni dalam Berita Harian, ada yg
komen tentang rambut saya kononnya memberi signal negative dan
menunjukkan hilangnya identity Melayu. Bagi saya tak mungkin dengan
menukar warna rambut, saya bawa watak bad boy. Dan bukan kerana itu
juga identity melayu saya hilang. Ia tak boleh diukur dari warna rambut
sahaja. Kalau rambut hitam tapi badan penuh tattoo pun tak bagus jugak.
Sepatutnya dinilai dari pelbagai aspek seperti penggunaan bahasa
melayu, hormat menghormati, berbudi bahasa dan macam2 lagi. Malah, saya
rasa Jati diri Melayu saya masih tebal, mungkin lebih tebal dari mereka
yang memberikan komen tersebut.

 

 

 

 

Jadi adakah you selesa dengan penampilan you di Anugerah, seperti kerap bertukar-tukar warna rambut,?

Azmi: Selesa sangat! Saya suka experiment new
things. Kalau tak cuba kita tak tau kan…. Sebelum tukar- tukar warna
rambut, saya dah buat macam-macam style rambut. Cuma botak je belum
pernah. heheheh Saya memang suka dengan fesyen. Kalau saya di luar,
saya selesa pakai t-shirt, seluar pendek dan selipar jer… lebih Sempoi.
Tak kan nak pakai camtu kat tv kan. Lagipun kalau di tv tu memang
fesyennya harus sedikit ( this line macam tergantung… is it harus lain
sedikit)

 

 

Warna rambut yang paling digemari?

Azmi: Hijau! Looks cool. Hahaha macam increadible
hulk junior! Walaupun ‘dalam ruangan ‘Fashion Police’ di majalah
Sungguh! kata warna tu tak sesuai untuk kulit saya, mungkin juga tapi
itukan hanya untuk acara2 tertentu sahaja. Bukan fesyen harian.
heheheh. selain itu saya suka warna Merah (pernah pakai untuk fotoshoot
profile radio) dan biru.

 

 

Kalau Azmi sedang merasakan tempiasan kemarahan
sesetengah penonton yang kurang berpuas hati dengan warna rambutnya,
Nurul Aini pula dah melalui detik-detik sebegini, ekoran penampilannya
ketika menghadiri, Pesta Perdana beberapa bulan yang lepas.

 

 

Adakah pengalaman itu telah membuat Nurul
seram-sejuk-sampai-tak-boleh-tidur-malam, apabila memikirkan you akan
sekali lagi diperhatikan ramai?

Nurul: Have to admit, I was a bit taken aback by
the comments, but i have to take it positively, if it\\’s not for them,
i don\\’t think we can improve. It\\’s for our own good.After all, the
stylists will have to do their job in making sure that we look pleasant
for TV.

 

 

Jadi adakah you all sendiri yang tentukan stail dan penampilan on Anugerah, atau ada stylist?

Azmi: Untuk Anugerah 2005, telah disediakan team
make-up artis diketuai oleh Maria J. Beliau banyak menentukan
imej/pakaian yg kami pakai. Tetapi saya juga ada memberi pendapat
sendiri. Jika saya rasa imej yg ditonjolkan tu kurang sesuai untuk diri
saya, saya speak up dan kita kongsi idealah.

 

Nurul: Sometimes, of cos i dun feel comfortable,
but they have the last say. :-( Penerbit wants something different from
us. Stylist tries very hard to make us look different. We just have to
accept it..

 

Azmi: Perbincangan tentang imej berlaku di
peringkat antara saya dan Maria J. kemudian, Maria yg akan menjelaskan
kepada penerbit dalam meeting mingguan. Kirakan Maria yg bercakap bagi
pihak saya selepas persetujuan awal.

Contohnya baru-baru ni bila saya diminta untuk
pakai tshirt warna hijau (my fav color) dan diluar dikenakan kot warna
purple, saya rasa macam tak kena gaya. So saya bagi tau pada Maria yang
saya tak mau pakai. Of course I kasi tau dengan cara yg paling
diplomasi. Itu gunanya saya selalu berbincang dengan beliau. Kadang2
ada juga saya ikut Maria untuk pilih baju yg akan dipakai untuk minggu
tersebut.

Stail yang paling digemari ketika mengacarakan Anugerah?

Nurul: Simple yet stylish.I love the Jap style me & Azmi wore on one of the auditions.

 

 

Ok enough with the fashion questions for now. Kita
backtrack sikit dan nak tahu, bagaimana you berdua ni telah dipair- up
in the first place?

Nurul: Selepas Nurul mendapat anugerah utk
Personality Wanita Paling Popular, Nurul menerima paggilan drpd
Eaglevison utk menjadi pengacara Anugerah 2005.

 

Azmi: Saya dipelawa oleh Cik Nazlene dari Suria (kini bertugas di saluran Central) untuk hadir ujibakat.

Nurul: RIght after i got the offer, i was
practtically screaming cos i was excited, furthermore, i have always
wanted to do more LIVE shows to improve myself.

 

Azmi: Terkejut jugaklah sebab tak sangka. Hampir
sebulan lebis selepas ujibakat tu, takde dengar berita apa-apa, so saya
ingat tak dapatlah. Maklumlah, masa ujibakat pun tak banyak persediaan
yg saya buat. Lepas on air duty pukul 6pm, terus ke studio, baca skrip
dalam 15 minit dan terus hembus!. Yang kelakarnya, sehari sebelum saya
diberitahu tentang tawaran tu, saya potong rambut yg kembang tu. Bila
producer tengok rambut baru saya ala-mohican siap ada ‘hair-tattoo’ di
kiri dan kanan, terperanjat jugaklah. Mereka mahu saya tampiul dengan
rambut yg selama ni jadi identity saya. Nak buat macam mana kan, tak
jangka semua ni. By the way, saya nak ucap terima kasih pada Eagle
vision yg beri kepercayaan kepada saya untuk mengacarakan Anugerah
tahun ini.

 

 

Jadi adakah in kali pertama Azmi mengacarakan rancangan TV?

Azmi: Yup! Kali pertama. Tapi bukan kali pertama
beraksi di tv. Dulu masa di KL saya ada berlakon telemovie dan iklan
untuk Astro. Cuma bezanya bila hos rancangan ni kena banyak focus. Mata
saya ni ‘nakal’ sikit.

 

Out of curiousity, bila pertama kali you all dengar bahawa the two of you akan di-pair up, apa reaksi you?

Nurul: The first thing that comes to mind is,
\\"ALAMAK! DJ! Mesti pandai berbual punye!\\" And then later, after i
met him, i knew it\\’ll be fun working wqith him, and it is so so true!

 

Azmi: Biasa jer. Waktu tu saya lebih risaukan
penampilan sulung untuk hos rancangan tv. Dengan siapa saya berganding
takde rasa apa2 pulak. Sebelum ni pun saya dengar khabar nak diganding
dengan Suhaila salam, Dalina, Nurul. So, dengan siapa pun saya terima.
Pengalaman teater di pentas dan tugas sebagai dj di radio membuatkan
saya sedikit selesa. Cuma bila bercakap terikat dgn skrip buat saya
agak kekok sikit. Tapi kena hormat dengan hasil kerja penulis skrip.

Di saat pertama kali mata bertentang mata did you
hit it off straight away, atau chemistry ni terpaksa diperam lama sikit
sampai masak (macam buah mangga pulak)?

Azmi: Oh! Sonang jo nak dapek chemistry tu.
Mungkin saya kenal Nurul sebagai personality Suria dan dia kenal saya
sebagai seorang dj radio, so bila jumpa, saya say Hi! To her. Kita
borak2 terus rapat. Yg bestnya, Nurul pun 2×5 giler macam saya. We love
to talk & buat lawak. Hehehe

Nurul: OH, we had chemistry the moment we first
met at IMM for the 1st audition. Azmi\\’s easy to work with, and he
makes me feel at ease even though i\\’m nervous

 

 

Last question ni, kita lihat you all ni macam
betul-betul serasi with each other…so di antara you berdua ni, siapa
yang look better on Anugerah?

Nurul: HUH?! I tink we both look equally as nice! Ha ha

 

Azmi: Of course me! hehehe nolah joking. Tentulah
Nurul. Dia cantik, tinggi dan popular. I ni pendek, tembam, tapi I
charming and witty hahahaha !

12 Sept : 8.50am

September 11th, 2005 by djsempoi

Anugerah1

Anugerah2_1Dah masuk pertengahan September. Bermulalah hari-hari yg sibuk. Aku dah start packing barang, masuk dalam kotak. minggu depan aku dapat kunci rumah sewa baru aku. Kehidupan sekarang pulak sibuk dengan Anugerah, program baru di Ria, my tutorial. macam macam lagi.

Kereta yg aku plan nak beli pun nampaknya kena tunggu que 3-6 bulan. Nampaknya hari raya ni kena pakai kereta vintage ni dulu la. Kawan aku Denise dari San Francisco called. Dia nak datang KL & Singapore bulan depan. Oklah boleh gak jumpa minah saleh ni. member baik aku masa di Pasific state Cali dulu. Minah ni muka blur giler tapi kalau dia bukak cermin mata mesti cun. Mak dia dari Bulgaria, bapak dari america indian.

Alamak! nak mandilah…. aktiviti termenung nak dimulakan sekejap lagi

chiao!