Selamat Tinggal
Wednesday, December 6th, 2006Pejam celik, pejam celik, dah hampir 4 tahun Sempoi merantau di negeri orang, mencari rezeki.
Ibarat sirih pulang ke gagang, pinang pulang ke tampuk. Setinggi mana terbangnya bangau akhirnya pulang hinggap di belakang kerbau.
Sempoi akan mengahiri Tugas di Ria 89.7FM tak lama lagi dan memulakan kehidupan kerja di tempat lain. Tiada lagi "Probably the Noisiest DJ in the World" akan memekakkan telinga korang semua.
Tapi, jauh di lubuk hati sempoi, sedih…… sangat. Tinggalkan teman2 di Ria yg dah macam adik beradik… Tapi apa nak buat, kerjaya harus diutamakan.
Kepada kawan2 di friendster juga, walaupun Sempoi dah tak bersiaran di Ria, namun kalau terserempak tu jangan lah segan2 nak tegur ya. Sempoi pun manusia biasa juga!
Selamat tinggal Ria FM. Nama DJ Sempoi hanya akan bersemi di dalam memori sahaja, untuk yg mengasihi. Yg membenci, pasti ini berita keramat yang paling di nanti.
=========================================================
|
BUDI (Itulah harta kita)
Sebutir permata indah Dalam ribu juta angka butir kecil
Itulah umpama budi
Biar sekelumit budi tertabur Melayu dan budi Budi itu jangan kurang Sejak berzaman Segemal padi bertampi sudah
Hidupkah bangsa tanpanya? Pasti jawapan itu Ada dalam kesumat bangsa sendiri Pada orang kita
Budi…. dan jasa…. |
|
