Archive for January, 2006

Bukan kata akhir…

Friday, January 27th, 2006

Aku rasa lepas ni semakin kurang aku update blog ni. Lepas ni aku ke moblog (http://www.moblog.com.sg/)

Adalah sebab sebab yang tak payah diceritakan. Popoknya cari jelah nick aku di sana (Sempoi). Fiza O dan Bro BO punya blog pun ada.

New Year 2006

Monday, January 2nd, 2006

SELAMAT TAHUN BARU !!!

Banyak kenangan tahun 2005 yang dah aku tinggalkan! Tahun 2006 yang datang harap harap akan lebih baik lagi. Yang penting, tahun ni merupakan tahun terakhir aku di usia 20 an. Biasalah la tu mana ada orang semakin lama semakin muda!

Aku nekad tahun ni azam aku nak lebih menjalani cara hidup sihat. Aku sign up kat fitness first. First move. hahahaha

Percutian tahun ni aku plan yang dekat-dekat jer. Mac ke Jkt, Mei ke Manila, July Ke Macau, September ke Bangkok. Cukuplah tu. Takyah gi jauh-jauh. January tahun depan (2007) aku dah ada rancangan ke Andora main ski! lama tak test skill. Dulu masa kat state ada gak ke Salt Lake City, now lutut pun dah longgar. Plan dari KL fly to London (Bestnye boleh jumpa member kat sana yang tak ingan nak balik tu!!!) then konvoi drive ramai2 ke Barcelona, then balik ke London semula & fly to Andora! Tak sabar lak rasanya……

Awal tahun ni banyak rancangan nak buat. Sibuk giler! School pun dah nak start!

Cakap pasal nak start sekolah ni, ada yg tanya aku "Tak penat ke Sempoi! asyik belajar je?" AKu jawab. Aku tak mau menyesal belakang hari.

Hari minggu yg lepas aku jalan2 di Ochard dan lepak dengan budak2 di sana, kongsi cerita kenapa mereka drop from school dan macam2 lagi. Mereka terperanjat bila tau aku dulu pun macam tu jugak! Ya! semua orang tak tau, aku pun pernah kena kick from university sebab belajar main-main. Sebab tu aku pesan kat mereka semua, belum terlamabat untuk kembali ke landasan yang betul.

Oklah lama gak aku lecture mereka. dari kul 4-6pm. hehehehe habis tu, apa lagi aktiviti biasalah! SHOPPING! hangus SGD500 gak. Takpelah sekali sekala apa salahnya.

Chiao!