25 Nov : 4.20pm
Sempat juga aku tulis coretan ni walaupun aku tengah on-air duty.
Semalam aku dah start final exam. Malam sebelumnya aku bikin nota, tu pun sekerat jalan jer, tengok tv ada cerita cina, terus tengok sampai kul 4 pagi. Pastu kemas rumah. gosok baju, tak tau nak buat apa lagi. Nervous agaknye. At last pukul 6 aku baru terlelap. Pukul 9 kena masuk exam hall! rabak mata…..
Takpelahlah. Cuti sehari suntuk duk rumah. Lepas habis exam, aku balik rumah, tengok tv. Main game, bosan! tido, bangun bosan! main game lagi, petang gi swimming, bosan! naik atas, tukar baju, gi makan korean food kat Jln Noja. Order Bugogee Set, Terbang $45! makanan penuh semeja! takkan boleh habis sorang? aku call member aku. Mereka turun 4 orang, tambah aku 5 orang. ALamak ramailah pulak! takpelah sekali sekala… Terbang $150.
Balik rumah, mengadap depan komputer. Browse, browse browse
Masuk MIRC
Masuk Yahoo chat! bosan,
Tengok movie ‘Run Lola Run" from Germany dan "Love, Sex & Eating the Bones" filem Canada. Aku memang penggemar filem-filem independant. Hollywood tolak tepi. Dalam sejarah hidup aku, aku cuma pergi tengok wayang 6 kali. Sekali masa sekolah menengah, 3 kali masa kat Universiti. Sekali dengan Fiza O tengok "Passion of the Christ" dan satu lagi ngan ex aku pergi temankan member kitaorang tengok LOTR-The Two Towers.
Hari Sabtu ni aku ke KL. Singgah amik parents aku di Melaka. Malam minggu ni ada Diner with AKSHAH - Persatuan Alumni Bekas Sekolah Borading School aku. 27 hb ada majlis kahwin sedara kat Pandan Jaya. Tahle. Aku tak kenal pun tapi mak aku kata sedara dekat. Iyelah kot! apa salahnya kenal2 dengan sedara. Yg jauh didekatkan.
Ahad malam tu aku harus balik semula ke Singapore, Ada gala dinner dengan SMCCI.
Perghhh penuh betul aktiviti minggu ni.
Oklah…
December 8th, 2005 at 6:01 pm
azmi kalau boring cuba la tengok vcd katun jepun naruto geranti segar minda anda tapi vcd nya mahal around 20 lebeh 1 vcd frm naruto