Archive for October, 2005

Aku Masih Ingat

Monday, October 31st, 2005

Aku baru habis on-air duty, terus naik ke office. Check surat dalam pigeon hole. Ler.. berlambak lagi kad raya yg sampai last minit ni. Kei Ria Ceria hari ni seronok & sedih. Seronok sebab edisi hari raya, sedih sebab hari ni my best fren Jimmy di Batam, last bertugas sama-sama. Lepas ni takde lagi dengar suara dia mengusik Lina. Tapi takpe dia masih di Batam.

Aku bercadang balik kampung lepas duty hari Rabu, kira petang raya la. Sampai mungkin malam (Kalau aku tak drive macam ributla). Petang semalam mak called. Dia sedih sebab aku langsung tak dapat buka puasa dengan dia. So, aku decide nak balik awal. Aku call boss aku mintak cuti hari Rabu, nasib baik dapat. So aku nak kasi tau mak  dulu. Biar surprise dia tengok aku balik! I miss her!

Aku ingat lagi masa dulu2, hari terakhir puasa kami satu keluarga akan makan ‘besar’ - barbeku, makan meja bulat (pengaruh cina dari arwah datuk aku), bercerita dan berborak sambil tengok orang main mercun dan bunga api. Petang sebelumnya aku dan abang aku masuk dalam hutan cari buluh - bukan buat lemang tapi nak buat meriam buluh! main perang-perang. Pastu aki amik plug moto, letak belerang, pastu lambung bila jatuh dia punya bunyi boleh gegar satu kampung. hehehehe seronok bila fikir raya di kampung. Kalau di Christmas Island raya boring!

Aku ingat lagi aku main mercun roket, terus masuk rumah cina dan kena patung boncet! hehehe lintang pukang lari bila Ah Tiam (anak dia, member aku gak lah) datang cari aku.

Aku ingat lagi malam raya selalu ada orang2 masjid datang bermarhaban. Aku tolong angkat air, makan ketupat. Sekarang ni dah kurang la. Orang muda banyak dah lari ke bandar. Tapi aku ingat lagi, bila malam raya ramai kawan2 aku datang rumah sebab nak makan ketupat cicah sambal sotong kering! fuhhhh!!! terangkat. Mak giling sendiri pakai batu giling. kesian Mak, habis merah tangan die.

Kalau raya kat kampung aku di melaka, kena bangun awal. Pukul 4am mak aku dah bising suruh bangun! Aku bangun pun sebab nak sambung main mercun… hehehe nakal aku waktu kecik2. Bila dengar orang takbir pagi2 tu baru masuk, mandi air perigi (Brrrrr sejuk giler). Lepas sembahyang subuh, orang dah start menziarah. Sebab ayah anak sulung, mak pun anak sulung, so tak payah pergi mana2 semua sedara datang rumah aku. Just tunggu je depan pintu collect ‘tol raya’(macam ceti seh!)

Aku ingat lagi, lepas sembahyang raya (actually tak sembahyang pun, just lepak2 je kat situ, masjid penuh giler) terus balik rumah tukar baju baru. Tamatlah era pakai baju melayu. Tak macam di Singapore ni, ke mana2 pun pakai baju melayu. Sekarang ni aku rasa syok plak pakai baju melayu bila raya. Heh! aku ni baju melayu pun takde…. Takpelah. nanti beli je kat pasar ramadan.

Aku ingat lagi pergi beraya rumah makcik aku, Pelakon Noreen Noor. Dengan tak sengaja dia tumpahkan air atas seluar aku. Waktu tu tahun 80-an dia tengah HOT! so dia dengan manjanya lapkan seluar aku yg basah tu…. hey nasib baik aku budak lagi, kalau tidak… Bila nak balik, bebudak lain dapat 50 sen aku dapat 1 ringgit! hahahaha

Cakap pasal Noreen Noor, aku teringat satu perkara. Rumah aku ni tepi jalan. Dan di sepanjang jalan tu dikenali sebagai street of artis. Ada penyanyi Nouri, Noreen Noor, Eisya, Anuar & Ziana Zain dan now aku pun masuk list hehehehehe

Itu kenangan masa aku kecik bila balik dan raya kat kampung. Sekarang ni aku tengok suasana dah jauh berbeza. Masa aku kecik2, aku jalan kaki sampai ke kampung sebelah, beri salam, makan sikit lebih kurang pastu mintak duit raya. Balik rumah kira duit raya, dapat gak 50 ringgit. Budak sekarang ni mewah. Dia nampak duit satu ringgit dia ketawakan kita! hampeh sungguh! Lagi pun mereka tak suka keluar beraya. TV ada macam2 rancangan raya. Duduk rumah je lah bebudak tu.

Memang seronok jadi budak kampung, beraya di kampung, duduk di kampung. Aku bangga menjadi sebahagian dari mereka (walau pun kadang2 je aku balik kampung)

Masa arwah datuk aku masih hidup, aku selalu serang rumah dia. Dia mesti simpan duit syiling dalam botol. Dia suruh aku amik sendiri. Aku pun apa lagi, kembang je jari aku ni nak mencekut! duit syiling tu. heheheheh. Nasib baik waktu tu aku kecik lagi, so besar mana sangatlah tangan aku nak amik duit tu kan….

Kenangan…………

Tinggal kenangan…………..

Entahlah……

Aku rasa aku dah kena penyakit HOMESICK!

- Aku rindu pada bau kampung

- Aku rindu mak

- Aku rindu ayah

- Aku rindu adik-beradik aku yang dah semakin jarang aku jumpa, rindu nak bergaduh, bertumbuk, berkelahi, berebut basikal, berebut hadiah.

- Aku rindu asam pedas

- AKu rindu nak ikut nenek aku ke sawah, buat scarecrow, halau burung helang (Looooooo Langggggggg!!!! - Arwah nenek aku ajar camne nak halau)

- Aku rindu nak konvoi dengan member-member pergi beraya rumah classmate yg pompuan, yg cun-cun!

- Aku rindu semuanya!

- Aku rindu pada Dina…. (My Ex; but I still LOVE her dearly!)

So aku call boss aku, tahun ni aku raya lama sikit! selalunya satu hari je then kena balik singapore sambung kerja.

Tunggu je Kampung ku

Besok aku balik…………………….

Ade sesiapa yg beraya di Melaka tahun ni, jemputlah datang rumah (Kampung Serkam Pulai)

Salam Aidilfitri untuk semua

Maaf Zahir Batin

-Sempoi

27 Oct : 1.30pm

Wednesday, October 26th, 2005

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN

1426 H

"MAAF ZAHIR BATIN"

Kadraya

12 Oct : 11am

Tuesday, October 11th, 2005

Hmmmm hari ni aku cuti. Boring gak tak tau nak buat apa. So apa lagi kemas rumah. Sejak pindah rumah, aku belum habis kemas lagi. Yelah rumah duduk sorang barang rumah macam orang dah beranak 10. hehehehehe

Kad raya speacial yg aku tempah dah sampai yesterday. Tak banyak ada 40 keping je. So, sape nak kad raya hantar la kad korang kat aku, kalau sempat aku balas. Kalau tak sempat sorry yek! (Apalah sempoi baru seminggu puasa)

Petang ni nak gi gym. Ada kelas pilates pukul 6.40pm. Buka puasa dalam kelas je lah.

Ok! nam mandi. Nak servis motor aku yg dah hampir reput tu.

Chiao!

10 Oct : 9:40am

Sunday, October 9th, 2005

Huuaaargghhh
Aku terbangun pagi ni bila ‘alam’ mengejutkan aku. Bila matahari naik, cahaya jatuh betul2 atas muka aku, so every day 7.30am aku mesti dah terjaga. Best jugak bangun awal. Rasa hidup ni panjang untuk satu hari ni.

SELAMAT PUASA untuk semua! akhirnya aku punya kesempatan untuk menulis. Hujung minggu yg baru sudah agak tight. Member2 baik aku dari KL turun dan shopping kat Singapore. Aku pun apa lagi, join sekaki la. Berbuka di Seoul Garden, then terus dengan aktiviti mrnghabiskan duit di Ochard. Dari satu kedai ke satu kedai kami redah sampai kedai nak tutup. Aku habis SGD1700. Dapat seluar, baju dan 2 pasang kasut dan 3 perfumes. Member aku dari KL ni lagi tenat! dia habis almost SGD2500! Sampai di Mustafa Centre dah midnight. Aktiviti memborong diteruskan. Member2 aku semua cari perfumes. Aku dah beli tadi, so beli deodorant je la.

Sampai di hotel pukul 3 pagi. Terus sahur & ZZZzzzzzzz……

Member aku cakap, mereka nak datang lagi seminggu sebelum raya untuk shopping raya. Aik heran jugak aku. Yg baru beli tu bukan shopping utk raya ke? Bukan… tu suka-suka je… iyelah. ikut suka kau lah. Boleh aku pun join sekaki hahahahahahahahaha

Oklah nak mandi.

Chiao!