Archive for September, 2005

26 Sept : 9.00am

Sunday, September 25th, 2005

Pagi ni aku bangun dengan pandangan yang berbeza. Rumah aku kosong!!!!! Bukan kena curi tapi aku dah bungkus nak pindah rumah baru.

Banyak kenangan selama aku di sini. Tapi hidup harus diteruskan… kan kan kan…

14 Sept : 10am

Tuesday, September 13th, 2005

CoversungguhAku bangun bukak PC terus masuk lelaman Sungguh! (http://www.sungguh.com) Alamak!!! cover aku dan Nurul. Ni mesti nak cerita pasal rambut lagi. Haiiiii tak penat-penat diaorang ni. Takpelah asalkan kauorang bahagia. Ok kalau sesiapa nak baca apa yg ditulis, baca artikel di bawah (bukan aku reka ye…) :

Kepetahan dan chemistry mereka dah tak boleh
disangkalkan lagi. Malah telatah mereka berdua beraksi di kaca TV
ketika mengacarakan rancangan Anugerah, menghiburkan ribuan penonton
setiap minggu. Nurul Aini, dan DJ Azmi (Sempoi) kini sudah menjadi
“household names”, memandangkan pertandingan Anugerah yang semakin
sengit kini, dan mempunyai ramai penonton setia.

 

Sudah menjadi lumrah industri ni, kalau ada ramai
yang memerhati, mesti setiap gerak laku diteliti. Walaupun keserasian
mereka berdua dah tak dapat dinafikan lagi, namun ada jugak pihak-pihak
yang mengatakan kepada Krew Sungguh! bahawa mereka ni tak sesuai
dipadankan. Kata mereka, tak compatible in terms of looks.

 

Bukan itu sahaja, hampir setiap minggu, Krew
Sungguh! mesti terima, dengar, dan terbaca komen –komen dari penonton
Suria, mengenai mereka berdua ni. Kebanyakan komen ini mesti ada kaitan
dengan penampilan mereka.

 

Malah, baru-baru ni Krew Sungguh! pun ada terbaca
di akhbar, komen dari pembaca yang tidak begitu setuju dengan stail
Azmi mewarnakan rambutnya setiap minggu.

 

So, untuk edisi Sungguh! minggu ini, Krew
Sungguh!rasa sudah sampai masanya untuk mereka diberi ruang dan peluang
to speak up. Kesian pulak tengok kedua-duanya dikritik dan dikomen
secara berterusan! Mari kita dengar pula dari mereka.

 

 

Azmi telah ditegur on national paper, tentang warna rambut yang sering diubah-ubah. APa komen you?

Azmi: Baru-baru ni dalam Berita Harian, ada yg
komen tentang rambut saya kononnya memberi signal negative dan
menunjukkan hilangnya identity Melayu. Bagi saya tak mungkin dengan
menukar warna rambut, saya bawa watak bad boy. Dan bukan kerana itu
juga identity melayu saya hilang. Ia tak boleh diukur dari warna rambut
sahaja. Kalau rambut hitam tapi badan penuh tattoo pun tak bagus jugak.
Sepatutnya dinilai dari pelbagai aspek seperti penggunaan bahasa
melayu, hormat menghormati, berbudi bahasa dan macam2 lagi. Malah, saya
rasa Jati diri Melayu saya masih tebal, mungkin lebih tebal dari mereka
yang memberikan komen tersebut.

 

 

 

 

Jadi adakah you selesa dengan penampilan you di Anugerah, seperti kerap bertukar-tukar warna rambut,?

Azmi: Selesa sangat! Saya suka experiment new
things. Kalau tak cuba kita tak tau kan…. Sebelum tukar- tukar warna
rambut, saya dah buat macam-macam style rambut. Cuma botak je belum
pernah. heheheh Saya memang suka dengan fesyen. Kalau saya di luar,
saya selesa pakai t-shirt, seluar pendek dan selipar jer… lebih Sempoi.
Tak kan nak pakai camtu kat tv kan. Lagipun kalau di tv tu memang
fesyennya harus sedikit ( this line macam tergantung… is it harus lain
sedikit)

 

 

Warna rambut yang paling digemari?

Azmi: Hijau! Looks cool. Hahaha macam increadible
hulk junior! Walaupun ‘dalam ruangan ‘Fashion Police’ di majalah
Sungguh! kata warna tu tak sesuai untuk kulit saya, mungkin juga tapi
itukan hanya untuk acara2 tertentu sahaja. Bukan fesyen harian.
heheheh. selain itu saya suka warna Merah (pernah pakai untuk fotoshoot
profile radio) dan biru.

 

 

Kalau Azmi sedang merasakan tempiasan kemarahan
sesetengah penonton yang kurang berpuas hati dengan warna rambutnya,
Nurul Aini pula dah melalui detik-detik sebegini, ekoran penampilannya
ketika menghadiri, Pesta Perdana beberapa bulan yang lepas.

 

 

Adakah pengalaman itu telah membuat Nurul
seram-sejuk-sampai-tak-boleh-tidur-malam, apabila memikirkan you akan
sekali lagi diperhatikan ramai?

Nurul: Have to admit, I was a bit taken aback by
the comments, but i have to take it positively, if it\\’s not for them,
i don\\’t think we can improve. It\\’s for our own good.After all, the
stylists will have to do their job in making sure that we look pleasant
for TV.

 

 

Jadi adakah you all sendiri yang tentukan stail dan penampilan on Anugerah, atau ada stylist?

Azmi: Untuk Anugerah 2005, telah disediakan team
make-up artis diketuai oleh Maria J. Beliau banyak menentukan
imej/pakaian yg kami pakai. Tetapi saya juga ada memberi pendapat
sendiri. Jika saya rasa imej yg ditonjolkan tu kurang sesuai untuk diri
saya, saya speak up dan kita kongsi idealah.

 

Nurul: Sometimes, of cos i dun feel comfortable,
but they have the last say. :-( Penerbit wants something different from
us. Stylist tries very hard to make us look different. We just have to
accept it..

 

Azmi: Perbincangan tentang imej berlaku di
peringkat antara saya dan Maria J. kemudian, Maria yg akan menjelaskan
kepada penerbit dalam meeting mingguan. Kirakan Maria yg bercakap bagi
pihak saya selepas persetujuan awal.

Contohnya baru-baru ni bila saya diminta untuk
pakai tshirt warna hijau (my fav color) dan diluar dikenakan kot warna
purple, saya rasa macam tak kena gaya. So saya bagi tau pada Maria yang
saya tak mau pakai. Of course I kasi tau dengan cara yg paling
diplomasi. Itu gunanya saya selalu berbincang dengan beliau. Kadang2
ada juga saya ikut Maria untuk pilih baju yg akan dipakai untuk minggu
tersebut.

Stail yang paling digemari ketika mengacarakan Anugerah?

Nurul: Simple yet stylish.I love the Jap style me & Azmi wore on one of the auditions.

 

 

Ok enough with the fashion questions for now. Kita
backtrack sikit dan nak tahu, bagaimana you berdua ni telah dipair- up
in the first place?

Nurul: Selepas Nurul mendapat anugerah utk
Personality Wanita Paling Popular, Nurul menerima paggilan drpd
Eaglevison utk menjadi pengacara Anugerah 2005.

 

Azmi: Saya dipelawa oleh Cik Nazlene dari Suria (kini bertugas di saluran Central) untuk hadir ujibakat.

Nurul: RIght after i got the offer, i was
practtically screaming cos i was excited, furthermore, i have always
wanted to do more LIVE shows to improve myself.

 

Azmi: Terkejut jugaklah sebab tak sangka. Hampir
sebulan lebis selepas ujibakat tu, takde dengar berita apa-apa, so saya
ingat tak dapatlah. Maklumlah, masa ujibakat pun tak banyak persediaan
yg saya buat. Lepas on air duty pukul 6pm, terus ke studio, baca skrip
dalam 15 minit dan terus hembus!. Yang kelakarnya, sehari sebelum saya
diberitahu tentang tawaran tu, saya potong rambut yg kembang tu. Bila
producer tengok rambut baru saya ala-mohican siap ada ‘hair-tattoo’ di
kiri dan kanan, terperanjat jugaklah. Mereka mahu saya tampiul dengan
rambut yg selama ni jadi identity saya. Nak buat macam mana kan, tak
jangka semua ni. By the way, saya nak ucap terima kasih pada Eagle
vision yg beri kepercayaan kepada saya untuk mengacarakan Anugerah
tahun ini.

 

 

Jadi adakah in kali pertama Azmi mengacarakan rancangan TV?

Azmi: Yup! Kali pertama. Tapi bukan kali pertama
beraksi di tv. Dulu masa di KL saya ada berlakon telemovie dan iklan
untuk Astro. Cuma bezanya bila hos rancangan ni kena banyak focus. Mata
saya ni ‘nakal’ sikit.

 

Out of curiousity, bila pertama kali you all dengar bahawa the two of you akan di-pair up, apa reaksi you?

Nurul: The first thing that comes to mind is,
\\"ALAMAK! DJ! Mesti pandai berbual punye!\\" And then later, after i
met him, i knew it\\’ll be fun working wqith him, and it is so so true!

 

Azmi: Biasa jer. Waktu tu saya lebih risaukan
penampilan sulung untuk hos rancangan tv. Dengan siapa saya berganding
takde rasa apa2 pulak. Sebelum ni pun saya dengar khabar nak diganding
dengan Suhaila salam, Dalina, Nurul. So, dengan siapa pun saya terima.
Pengalaman teater di pentas dan tugas sebagai dj di radio membuatkan
saya sedikit selesa. Cuma bila bercakap terikat dgn skrip buat saya
agak kekok sikit. Tapi kena hormat dengan hasil kerja penulis skrip.

Di saat pertama kali mata bertentang mata did you
hit it off straight away, atau chemistry ni terpaksa diperam lama sikit
sampai masak (macam buah mangga pulak)?

Azmi: Oh! Sonang jo nak dapek chemistry tu.
Mungkin saya kenal Nurul sebagai personality Suria dan dia kenal saya
sebagai seorang dj radio, so bila jumpa, saya say Hi! To her. Kita
borak2 terus rapat. Yg bestnya, Nurul pun 2×5 giler macam saya. We love
to talk & buat lawak. Hehehe

Nurul: OH, we had chemistry the moment we first
met at IMM for the 1st audition. Azmi\\’s easy to work with, and he
makes me feel at ease even though i\\’m nervous

 

 

Last question ni, kita lihat you all ni macam
betul-betul serasi with each other…so di antara you berdua ni, siapa
yang look better on Anugerah?

Nurul: HUH?! I tink we both look equally as nice! Ha ha

 

Azmi: Of course me! hehehe nolah joking. Tentulah
Nurul. Dia cantik, tinggi dan popular. I ni pendek, tembam, tapi I
charming and witty hahahaha !

12 Sept : 8.50am

Sunday, September 11th, 2005

Anugerah1

Anugerah2_1Dah masuk pertengahan September. Bermulalah hari-hari yg sibuk. Aku dah start packing barang, masuk dalam kotak. minggu depan aku dapat kunci rumah sewa baru aku. Kehidupan sekarang pulak sibuk dengan Anugerah, program baru di Ria, my tutorial. macam macam lagi.

Kereta yg aku plan nak beli pun nampaknya kena tunggu que 3-6 bulan. Nampaknya hari raya ni kena pakai kereta vintage ni dulu la. Kawan aku Denise dari San Francisco called. Dia nak datang KL & Singapore bulan depan. Oklah boleh gak jumpa minah saleh ni. member baik aku masa di Pasific state Cali dulu. Minah ni muka blur giler tapi kalau dia bukak cermin mata mesti cun. Mak dia dari Bulgaria, bapak dari america indian.

Alamak! nak mandilah…. aktiviti termenung nak dimulakan sekejap lagi

chiao!

09 Sept : 11.55am

Thursday, September 8th, 2005

Ini antara koleksi Antologi Puisi BORING PUNYA CERITA. Ada lagi yg lain…..

Antologi Puisi

BORING PUNYA CERITA

Oleh

Tommy Mandala Putra

djdjdave@hotmail.com

“Perjalanan hidup ini penuh dengan suka duka mencabar. Ibarat satu pelayaran, samada sampai ke seberang daratan atau tenggelam di pertengahan”

-Tommy

1

MASIH INGATKAH KAU

Masih ingatkah kau…
Ketika kau menyapaku
Malam pekat menjadi saksi
Bulan menjadi wali
Pertemuan dan pernikahan kita

Masih ingatkah kau…
Memaksa aku menurutimu
Setiap kehendak nafsu & amarah
Akhirnya layu

Masih ingatkah kau…
Wajah tua ibuku
Keringat ayah berlagu sayu
Yang telah kau sakiti
Seketul hati yang suci
Hingga mengalir air mata
Hanya kerana hubungan kita

Masih ingatkah kau…
Kata keramat kubisik ke telingamu
Kerana busuk sejemput
Hilangkah wangi sejambak?

Aku masih ingat…
Pertama kali bersua
Kau jejaka istimewa
Peribadi tiada cacat cela

Aku masih ingat…
Saat kau melihat aku
Serendah martabat anjing jalanan
Meminta sekeping belas
Dari hati yang simpati.

Aku masih ingat…
Penipuan yang tersuluh
Tertancap jelas tidak tertangguh
Masih kau

cuba

sembunyikan
Seolah aku tidak ketahui

Aku masih ingat…
Layanan kau pada ibuku
Kekasaranmu pada ayahku
Hanya kerana kedudukanmu
Memeras kembali pemberianmu
Mungkin ikhlas hanya sekadar waktu

Aku masih ingat…
Semua itu dalam lubuk dendam
Yang tak mungkin terurai
Hanya tuhan penunai hajat

Aku masih ingat…
Kau datang padaku
Merayu merindu
Untuk apa?
Untuk aku di anjingkan seperti dulu?!

Azmi_frame PERINDU

Bila bulan bewarna biru
Bila mendung berarak sayu
Malam beradu sedu
Menemani diri perindu

Tuhan bikin laut
Perindu bikin perahu
Tuhan bikin angin
Perindu bikin layar

Tiba-tiba perahunya terguling-guling
Ah! perindu main-main
Tuhan sungguh-sungguh

Perindu tak boleh menjadi jerung
Perindu jadi seluang
Seluang yang lincah di tasik tenang

Perindu tak boleh jadi cemara di puncak bukit
Perindu jadi rumput
Rumput yang menghiasi jalan
Bukan lalang di tengah taman

Perindu tak boleh jadi nahkoda
Perindu jadi kelasi
Kelasi terhandal di laut lepas

Perindu pulang
Perindu hilang bertimbang
Perindu bimbang
Yang merindu adakah menjelang?

Perindu pulang
Perindu girang
Yang merindu bakal bertandang

Azmi_sungguh6MENCARI & MENUNGGU

Aku mencari
Sesuatu yang tak hilang
Aku menunggu
Sesuatu yang tak datang

Kewujudan kuakui
Keagungan kusedari

Nur yang mencerap
Segenap maya menerobos alam


Aku mencari
Aku menunggu

Kasih padaMu tiada had
Sempadan murni keagungan jihad
Sudah bermula takkan berakhir
Biar sampai ke bibir lahad

Lemahkah aku
Terkurung tanpa sangkar besi
Bersalahkah aku
Terikat tanpa tali
Dalam mencari diri
Cacatkah aku
Jadi begini

Jauh di sudut hati
Mengharap erti
Dari yang tahu
Sehingga kini masih mencari
Sekutu kepuasan hakiki

Aku pasti
Yang dicari pasti yang hilang
Yang ditunggu
Pastikan datang

Mencari…….
Menunggu…..

Room1

KEKASIH

Di satu sudut

Sekujur tubuh memaling jauh

Pandangan kosong menerjah laut

Hati berombak pasang surut

Dia bernama KEKASIH

Di saat hidupnya tak pernah sepi

Pernah bersuri di dalam hati

Senyum penyeri diri

Kini tiada lagi

Bersisa hanya memori

Dia bernama KEKASIH

Yang pernah meragut hati

Dari sekeping jiwa suci

Untuk dia membalas beri

Tanda kasih telah terpatri

Dua insan bersatu diri

Dia bernama KEKASIH

Entah mengapa kita bersua

Akhir berpisah matlamat nyata

Tanda kasih seketika cuma

Bila taufan melanda

Rebah tegar telah terbina

Tercantas oleh pancang masa

Dia bernama KEKASIH

Keranamu aku ketawa

Keranamu aku derita

Keranamu aku bahagia

Keranamu aku bertimpa bala

Dia bernama KEKASIH

Mungkin ini takdir kita?

Apa ini suratan kata?

Dia bernama KEKASIH

Kini aku bahagia

Berlari bersama masa

Walau kerinduan kadang datang bertapa

Memohon hidup berjalan bersama

Berpimpin tangan

Sambil menanti angin reda

Agar esok belayar kembali

Menghampar layar Bahtera bahagia

Sampai bila-bila….

Azbo

ORANG & MANUSIA

ORANG

Selain katak yang suka melompat

Yang suka melenting-lenting

Itu orang politik

Selain gajah berhidung panjang

Hidung tinggi menjulang

Itu orang sombong

Tidak seperti kasih ibu

Bersikap haiwan bernafsu binatang

Itu orang syaitan

Selain anjing mengejar bayang-bayang

Dia mengejar banjaran duitan

Itu orang Hamman

Selain kupu-kupu terbang malam

Merentang kepak kegelapan

Itu orang jalang

Selain kerbau hidungnya ditarik

Melaku tugas setakat disuruh

Itu orang bodoh

Selain ular tidur melingkar

Menunggu hidangan terhampar

Itu orang malas.

Selain anjing yang menyalak nyaring

Bertempiaran bila dijerkah

Itu orang penakut

MANUSIA

Selain lilin yang menyala

Menebar sinar ke seluruh jiwa

Itu manusia berbudi

Selain air sungai

Mengalir deras mencurah-curah

Itu manusia hartawan budiman

Selain bintang di alam semesta

Sinar gemilang tidak terhingga

Itu manusia beriman

Selain bulan yang bersinar

Mengharap cerah ke tengahari

Itu manusia bertakwa

Melaka

4 Sep ‘01

7.36pm

Bali2

HATI TETAP BERSATU

(ilham dari kumpulan Vox 5)

Hidup ini dalam diri

Kan

berterusan mengganggu
Ku tatapi coretanmu
Yang kau berikan padaku
Pertemuan hari-hari penuh keindahan
Tapi kau mengejar cita dan pergi sementara

Sambutlah kasih
Kuhulurkan tanganku
Bersama ini kuberikan hatiku
Kasih yang indah di antara kau dan aku
Walau kita berjauhan hati tetap bersatu

Rindu dalam hati
Walau siksa jiwaku
Hari-hari kurenungi
Potretmu di kamarku
Namun kini ku mengerti hanya sementara
Sudah pasti kita

kan

semula

Berikan ku kekuatan
Kerana diri sering kekosongan
Penantian penuh penyiksaan
Namun semua pasti berubah
Akan kunantimu sayang

Kurindu dirimu yang satu
Ku menanti kau kembali
Kita

kan

terus bersama
Kasih

kan

terus membara

Dec_02_elephant_safari

BRR…TAP…PUS…JENG

Brrrrr… brrrr… brrrrr….

Bunyi bereng-bereng

Sekejap menggeleng

Sekejap mengiring

Bereng-bereng mengilai nyaring

Merayap, terbang memecah hening

Bereng-bereng tak ambil pusing

Andai datang helang bersaing

Bereng-bereng hinggap di ranting

Bila malam mula menjeling

Brrrr…. Brrr…. Brrrrrr….

Tap… tap… tap…

Bunyi derap kedap

Mantap rentap gelap

Kacip kecap ketap

Pus… pus… pus…

Angin meletus-letus

Telus lus kudus

Jurus turus mulus

Jeng… jeng… jeng…

Berlagak macam anjing

Tak sedar nyaring kucing

Kencing bertonggeng hancing

Kuning berkancing

Dec_02_kophiphi

DAERAH KECIL INI

(sajak untuk

Kuala Lumpur

)

Merentas ke daerah ini

Yang dulunya kecil dan sepi

Kini tidak sunyi

Kebobrakan dunia amali

Aku kenal

Pada usia yang meniti di wajahmu

Aku sedar

Pada parut bergarit ngilu

Sendiri aku hadir

Sejak tujuh musim yang lalu

Bersama mengarus hiruk lesu

Sejak mula

Dari dua lumpur bersatu jiwa

Ghairah menegak benteng mencacak batuan rimba

Tidak pernah berkalih leka

Kain putih yang tercorak di dadamu

Mencanting sekumit sejarah dari lipatan

Sambil noda pengganti murni

Suci tercelup

Dari kasih watan sendiri

Daerah ini kecil dari segi

Tapi tidak sekali pada hati

Berayun angan bertabur janji

Untuk pertiwi sedia berbakti

Redup keamanan memayungi

Daerah kerdil ini tak pernah lari

Dari banjingan anti jeriji besi

Untuk nikmat kesuburan hakiki

Kini

Daerah kecil ini

Membangun dengan seri

Pada nama yang meniti

Langsung petang ke fajar pagi

Untuk bangsanya yang berbakti

Menjulang mercu tanda pertiwi

Titanic_ist

SAJAK UNTUK IBU

(buat bonda Ramlah)

Dari renungan mata yang mengecil

Alis tua menyapu wajah bersih

Sekujur kamil tak kenal jerih

Menyuap tujuh mulut tiada letih

Dia srikandi jiwaku

Dia lilin pembakar obor semangat

Dari celah tulang rapuh

Memancang usaha biar teguh

Dia teman tika sunyi

Menyeka tangis

Untuk aku teruskan tawa

Walau hatinya hiba

Tika terbuai angin malam

Sendi ceratuk menepis kedinginan

Dia hadir

Menggalas kehangatan

Agar aku tidak kesiangan

Hadir pelbagai bala

Dia tempuh jua

Walau yang menanti

Taufan keramat mati

Dia berdiri di sisi

Hati luhur dan suci

Mendahulu air di kali

Jernih jeram hati

Dalam pasang dan surut emosi

Dia yang aku kasihi

Mengajar berjinak merpati

Tapi bukan mawar berduri

Melontar batu tidak sekali sembunyi diri

Tidak terkenang tika mati

Bila terbit sinar pagi

Dia bangun dari mimpi yang terulit

Memeras keringat untuk berbudi

Pada tanah membanting rezeki

Hanya sekadar amal dan ikhlas

Kedut di muka bergaris kasar

Pencalit usia tidak leka

Kata keramat berbisik membuai aku

Dalam angan dan harapan

Agar terus menjulang

Nama utuh di persada jasa

Kini…

Perjuangan dan pengorbanan

Kisah srikandi sejati

Terpahat dalam diri

Terpatri dengan janji

Agar aku kembali

Mendukung perjuangan murni

Untuk cucunya

Agar tidak alpa

Sentiasa segak siaga

Dan warisan diperturun

Dsc00532

GETARAN

Hujan hati yang mencurah

Menyapu debu merah

Lantas kotoran nista

Termendap di muara jiwa

Petir yang memancar

Menyentap kesumat dendam

Pada besi kedamaian yang teradun

Akhir karat janji memusnah semua

Ini suratan kata

Tinta hitam bencah di kajang masa

Tiada lagi putus

Dengan tiada lengah

Mencarik arca pesada

Yang lama dulu

Betugu di jiwa

Sebelum lenyap

Walau hanya guruh penggegar semesta

Goncangan dada bergetar

Meranap pohon usaha

Merebah tanda menghakis jaya

Sebelum

padang

jarak mengambil tempa

Getaran belum reda

Taufan menggila belum tanda teduh

Gelombang dusta memukul

Angkara angin fitnah kencang

Mengoyak layar kesabaran

Menggugat sauh keimanan

Bila tiba masa

Hadir awan penyejuk jiwa

Hembus kedinginan salju

Pada api marah membara

Agar getaran yang terasa

Biar menyala

Dengan sumbu senyuman

Panas tidak melemaskan

Sambil mengadap takdir

Khayalan dan nyata

Adakah kau percaya………?

Dsc00462

TRAGEDI

Sunyi damai memayungi sinar pagi

Kala insan kejaran menimba rezeki

Pohonan batu yang memberi

Limpah tugas syurga duniawi

Angin pagi yang tersenyum

Menghembus untuk setiap nafas

Pada kaum yang keluar berbakti

Mengharap sesuap nasi

Datang gempa membelah langit

Tika manusia leka datang berkait

Gempita suara terjaga dari ulit

Tidak terduga alami pahit

Ribuan jantung yang berdenyut

Kencang memukul dada yang bergetar

Bila air pasang memukul

Pada batuan nisan mendongak ke langit

Kiamat dunia yang menghampiri

Pada manusia tidak sedari

Kinjanya mengharap belas

Mohon ditarik biar bebas

Nisan batu itu

Nampak angkuh

Bukti pada manusia yang bersungguh

Kini hancur luluh

Kesan dari lempar keluh

Katakan…

Apa salah jiwa ini ?

Direntap dari tubuh tidak sedari

Melayang bagai daun menari

Hancur oleh keringat sendiri

Satu sudut dunia

Tika tangis memenuhi angkasa

Muncul hilai tawa

Mengiringi dunia duka

Sedarkah mereka

Mana silapnya ?

Kesumat dendam yang membara

Teralih pada insan kerdil

Yang tahunya tidak bermaya

Dunia tiada terhenti di sini

Pribumi pasti mencari

Setiap titis darah

Hutang dituntut pasti

Tapi pada siapa dilempiaskan

Angkara yang tiada tanda

Entah esok siapa pula

Besemadi dalam rentungan keluli

Biar segunung emas tertempa

Takkan berdiri nisan waja

Hanya tinggal papan tanda

Gahnya dia suatu masa

Ceritera yang tiada penghujung

Taufan balas pasti bertiup

Memukul benteng dendam terbungkam

Maha hebat sejarah bermula

Moga-moga

Kita tidak leka

Pada kaki mereka yang tersadung

Agar kita tidak terlambung

Pada riba kuasa dunia

Amin…….

Dsc00517

NEW YORK

MENANGIS

(tragedi serangan berani mati di

New York

World

Trade

Center

11 September 2001)

Merenung ke daerah emas

Dari

New Jersey

melangkah kemas

Ibu warganya menanti

Dengan cita terjulang tinggi

Liberty

ibu

kota

keamanan

Memayungi bumi

New York

Hanya memandang sayu

Anak kembar WTC tercinta

Diragut dari mata

Tanah Manhattan bertaruh nyawa

Menampung WTC menyembah muka

Time Square bersusul jerit hiba

Terkurung di syurga neraka mereka

Raungan Rockefeller center memecah

Tiada lagi kegirangan mencecah

Pada hiasan dan kenangan

Tenggelam dalam banjir kekalutan

Debu mayat menerbang

Meliputi awanan

Menjalar Brooklyn hingga ke

Boston

Beraraklah mega mendung duka

Menutupi mata

Di Broadway

Tiada lagi Romeo cinta

Hilang suara juliet

Hanya nyanyi dan tari lagu sepi

Persembah ke pentas dunia

Wall street menunggu saat

Dow Jones menghitung angka menjunam

Pada saat dan waktu

Yang dahulu melontar dollar ke udara

Hampir mengemis kini

Sebelum yang lain lega

Dan percaya

Geletar tubuh ibu

Liberty

Kala jerit tangis mencengkam

Hanya mampu berdiri

Mohon tidak menyembah bumi

WTC tak seberapa usia

Awal dewasa mencecah

Tersanggah sejarah hitam

Tercalit memori kelam

Yang rebah itu

Mercu manja

New York City

Ke bumi bersama

Manusia yang tak mengerti

Peperangan mengakhiri

Riwayat diri

Manhattan

berlabuh sedu

Brooklyn

merembes air mata sayu

Liberty

tetap kaku

Mungkin menanti waktu

Pada dunia

Angkat ia teladan semua

Agar tidak terulang silap lama

Ribuan jiwa berbara

Usah alpa

Kerana leka akan membinasa

Sebuah tamadun

Biar kental terbina

Moga-moga…………….

Dsc00484

KEMBARA KHALIFAH

Dalam pencarian

Sebuah kembara panjang

Mengukur musim berselang

Mengendong bekal harapan

Kembara henti seketika

Di bawah cemara kehidupan

Bersandar pada dahan keimanan

Bertongkat timbunan usaha

Di sini segalanya bermula

Kembara khalifah dunia

Membina tamadun bangsa

Dari tapak asas cemara

Ada

ketika

Khalifah lupa

Cemara kehidupan yang memayungi

Dicantas haloba

Angkara menurut nasfu semata

Akhiran merana

Tak mungkin sampai bila-bila

Cemara utuh di singgahsana

Kesan robekan khalifah alpa

Hanya melekat getah sia-sia

Khalifah lupa

Kehidupan sementara

Kelak cemara binasa

Kembara baru pasti bermula

Tidak sedari

Waktu tua yang terisi

Meniti hari untuk diratapi

Sampai kini

Masa belayar pergi

Tanpa isteri

Hanya berteman diri

Kembara khalifah kini bermula

Ke satu perjalanan panjang

Hingga satu masa

Akan terhenti

Untuk selamanya

Dalam perjalanan ini

Bekalan hidup di cemara dunia

Menghakimi nasib kembara

Memijak rumput selesa

Atau

Mengarus gurun membara

Untuk sampai ke cemara abadi

Yang telah dijanji

Satu hari nanti

Pasti……….

Dsc00373

BINTANG HATI

Bintang tujuh kerdip tinggi

Di angkasa biru penghuni maya

Menyimbah sinar tika suria berlabuh

Memuncul bulan untuk dipagari

Bintang jula yang jauh

Cahaya terang hingga fajar meninggi

Melunas cahaya dalam kegelapan pagi

Walau panas bisa mencair keluli

Indah menari tanpa bahang meresap diri

Kerdip yang menjadi pandu

Kembara dagang sejak dahulu

Tanda kelahiran yang berpayung

Pada setiap buruj bercantum

Aku mencari

Dalam kekalutan suram malam

Di mana alamat

Bintang hatiku?

Berharap bintang hati

Memayungi rumah sepi

Tamsil diri perahu kerdil

Berombak di dada laut hidup

Mencari pedoman dari petunjuk

Pandu dari buruj di langit

Agar sampai ke seberang daratan

Biar perit

Akhir pelayaran abadi

Mencari bintang hati

Dalam erti diri

Ketemu di rumah sepi

Rumah kecil berdenyut nadi

Galas carian hakiki

Kenali perahu diri

Suatu hari

Akan kembali…..

Tommy2

AKU INGIN BEBAS

Aku ingin bebas

Tidak seperti layang kertas

Gemalai merentang gemawan

Gapai terhalang tali berentang

Aku ingin bebas

Tidak sebebas helang

Menebar sayap ke gunung

Lantas alpa kembali ke pohon

Aku ingin bebas

Tidak selincah baung di kali

Akhir tempat ke lumpur pergi

Tempat lahir diri

Aku ingin bebas

Tidak sepantas kijang yang berlari

Akhir kaki menjerat diri

Pada kepenatan buatan sendiri

Aku ingin bebas

Biar ibarat burung kertas

Setinggi melayang bersama had

Kelak kembali ke dataran asas

Aku ingin bebas

Biar buta bermata ikan

Kilas di air dapat diduga

Dari mara bahaya

Aku ingin bebas

Melantun dari sangkar hisab

Nasib yang telah ditentu

Oleh taraf tangga usaha

Aku ingin bebas

Pada erti kedamaian

Sebuah kehidupan panjang

Dengan rahmat ketentuan

NASIB SEBUAH KEMBARA

Aroma kudus menerjah

Menjurus ke gua haruman

Remang tertancap hidang

Terhampar lazat tersedia

Bismillahirrahmanirrahim…! ucaptama

Rongga luas terbuka

Menghampar permaidani rasa

Mencuba nikmat bergula

Tiada tahan membaham semua

Kembara rezeki bermula

Tatkala permaidani rasa

Mengutus pengisar

Mengalir sup liur mesra

Tiba di satu negeri

Gua laung menelan rezeki

Udara terpatri

Terkunci mati

Salur mengurut lancar

Sesekalah harap air bencar

Menyelusuri hingga ke tasik

Tempat mula bersemuka

Burrp… ! tanda lega

Alhamdulillah… ucap untukNya

Kembara tak terhenti di situ

Perjalanan penuh dugaan

Disergah pelbagai ramuan

Agar sebati teradun nyaman

Bersama-sama mereka

Membentuk bala tentera

Mara ke

medan

punca

Menuju ke tapak cita

Pada jalan yang panjang

Dan bersimpang siur

Entah ke mana haluan

Yang pasti ke satu tuju

Hingga satu masa saat dinanti tiba

Cerutan maha hebat bermula

Sebagai tanda meraka siap sedia

Untuk terus mara tiada leka

Rongga kecil sedikit terbuka

Tertancap alam dunia

Tuju hanya lubang sisa

Di situ mereka

Bersemadi selamanya…

Ahhh… ! lega…!

Melaka

18 Sep ’01

4.19pm

Tommy HADIRLAH BUNGA CINTA

(Untuk dia yang mengerti)

Aku pernah kecewa

Oleh manusia

Hati pernah terguris luka

Dari pisau kepuraannya

Hampiri dua kemarau

Dalam mencari setitis air kasih

Aku gembira

Hujan ceria yang tersimbah

Pada gurun derita

Hampir dua musim luruh berlalu

Tiada ketemu jawapan setia

Dari kasih seorang hamba

Mengharap musim bunga

Mekar pada kelongsong cinta

Aku jumpa dia

Ketika luruh musim masih mencecah

Pada kedinginan hati seorang lelaki

Dia turut tersimbah

Hasil dari hujan kehancuran yang sama

Gelodak jiwa

Pada musim ini

Berdentang deras

Apakah ini tanda

Akhiran tiba

Lantas Musim bunga

Memekar kembali

Hasrat murni

Seorang pencinta agung

Aku sangsi

Untuk kata keramat dibisikkan

Aku buntu

Andai musim bunga yang diharap

Terbalas kemarau panjang semula

Mungkin hatinya

Hanya sekadar ingin berjalan bersama

Mengharung luruh yang masih tiada hentinya

Lagaknya tampak biasa

Tapi aku senang

Pada tumpu dalam gelaknya

Aku selesa

Pada diri yang terteman olehnya

Apakah itu petunjuk nyata

Dari seorang pencuri hati yang agung ?

Biarkan semua

Biar haluan musim ditentu olehNya

Aku hanya menanti

Agar musim bunga

Bakal terganti

Berbekal pada keikhlasan hati

Dari budi setia

Untuk pengunjung taman cinta

Berkisah kemarau derita

Saat ini masih bersenang pada luruh kehidupan

Mungkinkah esok tiba

Bunga cinta

Mekar dengan setia

Entahlah…….

Airport1

MELODI KASIH

Tali sepi dipetik

Seruling rindu bergema

Pada alam yang memayungi

Melodi kasih

Penciptanya

Seorang teruna hampa

Pada dataran kecewa

Lantas mengalun

Lagu sedih

Pendengarnya

Seorang perindu kasih

Pada batas yang tidak tersia

Alunan hilang pada lamunan asyik

Gesekan kenangan semalam

Melodi kasih masih berlagu

Menyentap pada jiwa penciptanya

Kerana tahu maksud tuju

Sebuah alamat cinta jujur

Keheningan syahdu mencecah

Naluri pendengar

Seakan mengerti

Melodi kasih untuknya

Dari dia yang terkecewa

Melodi kasih bercerita

Ceritera Laila Majnun

Satu ketika

Dia Romeo cinta

Pada Juliet yang setia

Biarkan melodi kasih itu

Mendayu pada kenangan

Kerana mereka tahu

Takkan hadir cinta lalu

Walau hati beralih dan setuju

Takkan terbina kembali tugu

Hanya melodi sedu

Menjadi buku

Cerita dahulu

Pergilah melodi rindu

Sampaikan kucup kasih pada hatinya

Tanda lapuk masa dulu

Merekalah

Uda dan Dara

Yang berpanjangan setia

Melodi kasih…..

Melodi rindu…..

Kasih….. rindu…..

Kuala Lumpur

1 Oct ’01

5.17pm

Queen1BILA RINDU BERDETIK

(Pada insan istimewa pertama)

Setiap detik

Kulewati musim sepi

Aku merindui

Kehangatan dakapan

Insan bernama kekasih hati

Sejarah jiwa ini

Hanya terketuk sekali

Pada pintu kasih hati

Yang pernah aku kenali

Kemudian dia pergi

Dengan lambaian sepi

Untuk aku selusuri

Simpang keperitan

Di jurang kecewa

Hatiku pernah kiamat

Bila halilintar yang tak terduga

Berlaku depan mata

Tanda akhiran cinta setia

Dari manusia yang telah beralih kasta

Hairan

Tiada kata nista kuucap untuknya

Walau darinya berkendong kanan dan kiri

Hanya air mata dan doa

Agar makbul dia kembali

Lembaga kenangan hitam itu

Menarikku ke puncak gunung batu

Sebelum melempar bagai sehelai daun

Langsung hilang di jurang yang dalam

Sedari dari lamunan sedih

Merintih kasih

Rindu terukir

Biar pada batu berapi pedih

Semalam

Aku meruntun

Tapak pertama kenalan cinta

Dan aku terkedu

Acap kala aku mencanting

Permulaan cerita manis

Yang terpalit nota sadis

Mungkin esok atau lusa

Aku lalui daerah ini lagi

Dan mengingat kembali

Saat kau masih di sisi

Terus mengulangi

Tiada henti

Selagi kenangan dan rindu kasih

Teguh memayungi

Walau kau tidak sekali

Izinkan aku

Terus melamar rindu

Yang berdetik dari kesucian hati

Seorang lelaki

Dan berdiri

Bersama budi

Dan rindu berdetik lagi…..

Kuala lumpur

4 Oct ’01

10.20am

Dsc00432

JALAN INI

Tika usia

Lewat mencecah separuh abad

Aku bertanya diri

Ke mana haluan pergi

Saat itu

Kekaburan masih mencengkam

Pada harapan dan cita

Mengukir mercu jaya

Ranjau hidup ini

Penuh keperitan

Dan batuan berliku

Untuk aku tempuh

Dalam kelok kehidupan

Teringat pesan ibu

Pilihlah ke mana tuju

Asal pasti ketemu

Jalan cita yang satu

Walau hijau langit bertemu

Terngiang bisik ayah

Jangan jalan orang

Lembut selesa berpijak

Akhir jalan sendiri

Tumit berjingkit perit

Ikut naluri

Apa laluan salah kuteraju?

Itu pembekal diri

Pada tugas satu kehidupan

Yang masih belum selesai

Kufikir kembali

Andai jalan kemewahan dikecap mudah

Pasti hilang erti usaha

Dari seretan denai melata

Ingatan untuk manusia

Pastikan jalan itu

Biar ke destinasi pasti

Walau binaannya berkelok seribu

Aku harus berkira kembali

Pada pertengahan jalan yang telah kupilih

Kerana jalan itu

Tidak serasi jiwa

Pada arah selekoh seni

Tertumpah di simpang hati

Harap doaku

Biar jalan ini

Menjanjikan syurga

Pada insan yang menghamba

Jalan ini

Telah kujajahi

Sejak dulu

Dan pasti

Hingga akhir nanti…..

Rokok

TEKAD HATI

(Mampukah aku?)

Geletar tubuh

Tidak pada kedinginan

Ceratuk gusi

Tidak pada musim tua

Melirik padanya

Yang kering berguling

Dalam balutan rapi

Mengendeng agar dihampiri

Sahabatnya Sang Api

Menunggu saat untuk memercik peranan

Agar tubuh dibakar

Untuk dia melahir asap syahdu

Pada dalaman yang memerlu

Kala disedut dalam-dalam

Membawa bersama pembunuh senyap

Kegilaan hilang

Timbul ketenangan

Pada kadar sekejap

Pantun orang lama

Hisap rokok tembakau cina

Keluar asap berbunga-bunga

Wahai adik abang bertanya

Cincin di jari siapa empunya?

Namun pada hakikat

Hisap rokok tembakau cina

Asap keluar berbunga bunga

Pada tika sekali kena

Bermula hidup bertaruh nyawa

Aku sedar

Terjebak bercinta

Padanya yang tak setia

Meragut jiwa pada akhirnya

Saat ini

Tekad memenuhi diri

Agar ku kembalikan

Kesucian diri

Dari kekotoran membunuh

Biar dia mengilai memanggil

Akan nekad berpahat getir

Untuk melihat zahir

Kembali putih seperti lahir

Dan udara nyaman berganti hadir……..

Melaka

7 Oct ’01

12.38am

Mask

PERJALANAN ANAK PENTAS

Tirai diangkat

Pandangan gelap membuta

Peranan cahaya tujuh

Melilini pentas itu

Melodi beralun

Pembuka jalan cerita

Sebuah permainan

Tempoh dua pusingan pasir

Turun insan bermuka watak

Memula cerita pada garis sedia

Mencarut cerita malam itu

Untuk dikhabarkan pada yang di bawah

Tampil berpasangan

Jalan cerita berayun dengan masa

Bercerita dengan sendiri

Pada lakon anak seni

Semua sekutu bersatu

Suara, cahaya dan lagu

Yang di bawah tidak buntu

Mentafsir cerita bermutu

Sampai pada masa

Pusingan berlalu pantas

Cahaya mula kelam

Sebelum terkatup kegelapan

Tepuk sorak bergema

Tika nama mereka diteriak

Dan disusul pula

Sang sutradara

Nahkoda satu cerita

Tiba pada saatnya

Tirai berlabuh tanda selesai

Satu penceritaan

Kehidupan sinis yang dilakar

Dan mereka pulang

Ada

senyum kepuasan

Tidak kurang cela terkarang

Kuserahkan pada mereka

Yang pasti tugas malam itu

Sudah dijelaskan

Biarkan mereka bersama tafsiran

Kerana itulah fitrah

Seorang anak pentas

Melaka

7 Oct ’01

10.03pm

Diamond

BUDI

(Itulah harta kita)

Sebutir permata indah

Bersinar terang membelah

Jatuh di butiran pasir

Yang bukan ratus bilangannya

Dalam ribu juta angka butir kecil

Cahaya permata itu

Tiada hilang sinar

Biar segunung cemerlang terang

Terhadang oleh lautan perang

Itulah umpama budi

Yang tak pernah lari dari akal dan hati

Warisan bangsa kita

Dulu dan kini

Biar sekelumit budi tertabur

Andai jatuh diselimut masa

Pasti utuh dalam kenangan

Oleh yang menghargai

Melayu dan budi

Ibarat beras dan padi

Tiada asas tanpa diri

Budi itu jangan kurang

Apatah lagi untuk hilang

Kerana ia membentuk

Bangsa kita terpandang

Sejak berzaman

Ia lahir selari

Bersama watan

Yang setia azali

Segemal padi bertampi sudah

Daun kunyit celah jerami

Sekunca budi bukannya mudah

Ibarat langit dengan bumi

Hidupkah bangsa tanpanya

Terisikah jiwa tanpanya ?

Pasti jawapan itu

Ada

dalam kesumat bangsa sendiri

Yang mampu mencorak

Watannya dari kasih dan iktikad

Pada orang kita

Jangan sampai hilang ia

Walau kadang kita terlupa

Baiknya ada sentiasa

Untuk belayar pada laut kehidupan

Agar kita dikenali

Sebagai nahkoda terbilang

Budi…. dan jasa….

Dsc00488

RINDU SAAT INI

Lamunan berpanjangan

Tika ini tiada tanda reda

Kilas wajahnya terpampang

Di layar mata

Malam mempahitkan kepekatannya

Sedang aku

Memaniskan memori lama

Untuk dicicah bersama perit

Yang tak pernah terubat

Rindu itu

Tak henti menerpa saat ini

Entah mengapa

Album cerita dahulu

Mengekang mata

Dari membaluti bebola kaca ini

Rindu pada kekasih

Boleh dibunuh dengan tugasan

Rindu kenangan

Adakah senjata ampuh ?

Legar rindu berputar

Sepening gasing kenangan

Mencungkil tanah derita di dada

Membentuk lubang sengsara

Menginjak tubuh

Saat rindu bertaut

Tak mahu melerai

Pautan memoriku

Nanar aku dengan keparahan ini

Mengharap hadirnya doktor kasih

Untuk diubati rindu di hati

Yang hampir mati

Berikan aku

Ubat keredaan rindu ini

Yang tak mungkin terbalas

Hanya dikelilingi bicara sepi

Rindu yang datang

Sungguh memerit tubuh kerdil

Getap dada

Bagai runtuh terhempas

Oleh ombak kecap rasa

Tuhan

Kuasa rindu ini

Amat menyakitkan

Hanya padaMu

Rindu ini

Harus ku arahkan…….

Melaka

8 Oct ’01

11.34pm

Clock

TIK… TOK…

(Demi masa)

Tik… tok… tik… tok…

Tok… tok… tik… tik…

Tok… tik… tok… tik…

Tik… tik… tok… tok…

Tok… tok… tik… tik…

Tik… tik… tok… tok…

Tok… tik… tik… tok…

Tik… tok… tok… tik…

Tik… tok… tok… tok…

Tok… tik… tik… tik…

Tok… tok… tok… tik…

Tik… tik… tik… tok

Tok… tok… tok… tok…

Tik… tik… tik… tik…

Dong…! dong…! dong…!

Apa yang telah kau lakukan

Selain melangut pada coretan ini ?

Berapa harga waktu

Yang tertumpah hanya di sini ?

Yang pasti ia tiada henti

Tik…!

Tok…!

Tik…!

Boom…!!!

Bye

PUITIS AKHIR

(Sebelum aku mengorak langkah)

Satu ketika dulu

Aku pernah bersyair

Pada kalian

Agar hadir bersama dalam khayalan

Syair itu

Berkisah pada lemah tubuh

Seorang insan

Yang kerap menghamba

Pada cinta lalu

Putaran masa pantas beredar

Segenap putaran demi putaran

Tugasan matahari

Sekerap itu

Ia tak berhenti

Akhir saat ini

Kubebaskan beban

Yang sengaja tergalas

Pada bahu harapan

Yang pastinya

Tiada ketemu jawapan

Tekad hati

Hari ini

Aku akan kembali

Memulakan nafas baru

Membentuk bayi

Bernafas azam kukuh

Langkah terus mara

Bersandar pokok harapan

Agar terus memecut

Memintas tali kemenangan

Tiada lagi

Aku yang kau kenali

Tiada lagi

Keseronokan dunia tanpa sempadan

Kerana dewasa aku

Membenteng silap silam

Selamat tinggal semua

Pada derita dan air mata

Mungkin ini

Puitis akhir dari sahabatmu

Yang terlalu mendamba

Dan mengharap

Jika musim bunga enggan tiba

Biar kuisi bunga cinta

Dengan kelongsong cita

Aku terlalu lama tertidur

Dari empuk bantal angan

Kini telah bangun dari ulit

Lalu langkah dewasa kuteruskan

Ibu dan ayah

Tugasan utama seorang anak

Akan berbekal dengan sumpah

Bahawa si sial ini

Bakal membawa keramat

Dan menerbangkan kalian

Ke bumi suci tuhan

Insyaallah……

tommy mandala putra

08 Sept : 11pm

Thursday, September 8th, 2005

Akhirnya…! aku bertemu dengan koleksi Antologi Puisi Ciptaan aku. Besok aku masukkan kat Blog… Chiao!

05 Sept : 1230Hr

Sunday, September 4th, 2005

I’m backkkkkkk!!!!!!

Bestnye dapat cuti !!!! Tapi penat tak hilang sebab pendek sangat dan jadual diving aku banyak sangat! Tapi sempat jugala shopping sakan.

Hari ni ada siaran langsung anugerah lagi. Sejak dipancar live, aku tak sempat tonton yg siaran ulangan hari Ahad. Busy je.

Perkara-perkara yg aku nak buat hari ni:

1. Pergi Bugis Junction - Shopping! Hari tu sebelum aku pi airport aku jalan2 kat Bugis Junction. Tiba2 ada satu baju ni macam cantik je… so hari ni aku nak rembatlah!

2. Call Ian Farah - Oit !!! bila mau lepak Can Cafe la? Pekena Sisha ke? Happy holiday to u !!! Jgn lupa belikan aku cenderajantung ok!

3. Hafal Script - Hehehehe baru nak bukak script?

4. Nak beli tiket tonton Cirqu Du Soleil
- Minat giler aku kat troupe ni. Dulu pernah hantar resume kat troupe ni mintak keje. hehehehehe
Jkt_sept_05_012