12 Ogos : 11.30am
Hari ni entah kenapa aku bangun punyalah awal… pukul 7.30am. Terus celik mata tak boleh tidur lagi. Padahal malam tadi aku tidur kul 2am layan tengok DVD.
Heheheh bila cakap pasal DVD aku boleh ketawa sendiri. Silap-silap boleh mati berdiri. Semalam aku pergi Holiday Plaza nak cari hair wax. Lepas tu aku pergi ke kedai video tempat aku selalu pergi. Waktu tu pukul 8pm. Tengah belek-belek tiba-tiba tokey kedai tu tutup semua pintu. Suspen jugak! laaaa rupanya ada operasi malam tu. Aku terperangkap dalam kedai tu tak boleh keluar! habis camne?
Untuk menghabiskan masa aku pun belek la DVD kat situ, sedar-sedar aku dah tarik 11 DVD nak beli…. Satu keping RM8. Pokai aku malam tu. Pukul 9.30pm baru aku dapat lepas keluar (itupun lepas aku dah memekak nak keluar…)
Aku pun balik rumah lepak tengok DVD yg aku beli. Call mak aku… borak jap… sambung tengok movie… keluar pekena teh tarik… balik… sambung tengok movie… then tido.
Hari ni Jumaat nak kena pergi Besway Building Suria TV… nak bikin Voice Over untuk Anugerah. Malam ada recording Kidz Zone.
Oklah…chiao!!!!