Archive for August, 2005

31 August : 4.15pm

Wednesday, August 31st, 2005

Lama aku tak menulis. Ramai yg tanya bila nak update… aisey.. sorrylah. busy sikit la… So hari ni aku paksa la tulis.

Alhamdulillah Anugerah 05 berjalan lancar. Cuma stress and penat sikit. So aku decide nak amik cuti hujung minggu. hehehehe esok sampai Ahad gua mau chiaooo!! pergi menyelam…. Syiok!

Semalam aku terima call dari member aku di KL. DIa nak tolong aku publish koleksi Antologi Puisi aku yg banyak aku tulis dulu. "Antologi Puisi Boring Punya Cerita". Habis aku selongkar file aku. cari hard copy, soft copy semua dah tak tau kemana…  Sayang betul!

Alamak! nak pergi bercuti tapi program banyak lagi ni… camno nak buek eh?! stress lagi. Semalam aku keje hampir 18 jam….!!!

Isk.. cepatla petang… dah tak sabar nak balik… hua hua hua diving time..!!!

19 Ogos : 9.00am

Thursday, August 18th, 2005

Semalam 18 Ogos ulang tahun hari lahir kakak aku yg sulung. Aku call dia buat surprise kat Radio… hehehheheh Happy Birthday Kak Lit!

Esok aku duty awal pagi, then nak kena balik Melaka. Sepupu aku yg membesar sama sama dengan aku di Christmas Island tu nak kahwin… Selamat utk dia…..

Hari ni nak tidur kat office. Dont ask me why….

16 Ogos : 7pm

Wednesday, August 17th, 2005

Lepas habis on-air duty, aku keluar dinner with Ian Farah… Makan kat Mc Donalds. Dengan Rambut merah aku, dah macam mascot Mc D seh! hehehe tadi ada photo shoot di Flash of Arts. Lepas tu aku lepak kat Can Cafe, then terus balik office semula bikin recording. Ian Farah tunggu laki dia balik from Jb… then aku terus hantar dia balik naik moto buruk aku… hahahaha then balik ke office semula, tunggu Fiza habis buat recording, then hantar dia balik plak… then baru balik rumah… Ngantuk… huarrggghhhhhh!!!!! ZZZzzzzzzzz…..

Chiao!

12 Ogos : 11.30am

Thursday, August 11th, 2005

Hari ni entah kenapa aku bangun punyalah awal… pukul 7.30am. Terus celik mata tak boleh tidur lagi. Padahal malam tadi aku tidur kul 2am layan tengok DVD.

Heheheh bila cakap pasal DVD aku boleh ketawa sendiri. Silap-silap boleh mati berdiri. Semalam aku pergi Holiday Plaza nak cari hair wax. Lepas tu aku pergi ke kedai video tempat aku selalu pergi. Waktu tu pukul 8pm. Tengah belek-belek tiba-tiba tokey kedai tu tutup semua pintu. Suspen jugak! laaaa rupanya ada operasi malam tu. Aku terperangkap dalam kedai tu tak boleh keluar! habis camne?

Untuk menghabiskan masa aku pun belek la DVD kat situ, sedar-sedar aku dah tarik 11 DVD nak beli…. Satu keping RM8. Pokai aku malam tu. Pukul 9.30pm baru aku dapat lepas keluar (itupun lepas aku dah memekak nak keluar…)

Aku pun balik rumah lepak tengok DVD yg aku beli. Call mak aku… borak jap… sambung tengok movie… keluar pekena teh tarik… balik… sambung tengok movie… then tido.

Hari ni Jumaat nak kena pergi Besway Building Suria TV… nak bikin Voice Over untuk Anugerah. Malam ada recording Kidz Zone.

Oklah…chiao!!!!

10 August : 2.30pm

Tuesday, August 9th, 2005

Hari ni panas giler….!!! bukak email, berlambak email nak kena follow up! isk busy giler. Petang ni lepas duty nak ajak Ian Farah dinner kat Bugis. Boleh gi Arab St mabuk sisha hehehehehe.

Ishk… tak sabar nak habis anugerah. Nak gi holiday lagi. Tenant condo aku kat KL dah cabut. Duit sewa 2 bulan sangkut. Bill letrik/air mencecah 500 ringgit!. Ada orang baru nak sewa unit tu pun aku kena hold dulu sebab banyak nak repair… hai cobaan. Sabar je la sempoi……

09 August : 12pm

Monday, August 8th, 2005

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Singapura ke-40 tahun! aku menyambutnya dalam suasana yang berbeza. LONELY…!

Selamanya….
Kelmarin…
Aku jumpa Dia
Dalam herot putaran waktu
Tak terhitung masa yang kelu
Tiga musim yang berlalu
Terasa tiga detik saja baru
Hujan panas tetap berpayung utuh
Semalam…
Tergoncang pelantar jiwa
Bila jam pasir hati
Berderai hancur akibat sentakan diri
Yang teramat halus batu yang tercipta
Dari perihalku sendiri
Hari ini…
Suria membalikkan diri
Mendung tidak memujuk diri supaya pergi
Kasih dan sayang tiada lagi
Hilang semua tugu memori
Aku bagai kelasi
Terapung di lautan sepi
Mencari daratan yang tak bertepi
Tak terlihat haluan diri
Esok…
Lahirlah kau yang baru
Matilah aku yang tentu
Andai ingin kau tahu
Kekal hidupmu dalam ingatanku
Walau kau damai dengan pengabdianku
Terima kasih TUHAN
3 musim yang berlalu
Kau anugerahi dengan mukjizat
Mencantum dua hati berbeza ras dan pangkat
Walau aku jarang mengingatmu setiap saat
Apa lagi untuk berdatang dekat
Sayang
Kelmarin… Kau kekasihku
Semalam… Kau kekasihku
Hari ini… Kau kekasihku
Esok… Kau kekasihku
Biarkan kenangan itu hidup
Walau perit disusuk duri luka
Kerana ku percaya
Getar cintaku padamu
SELAMANYA….
- gemoxs

7 August : 5.00pm

Sunday, August 7th, 2005

Hari Ahad…!!! finally aku punya masa nak update blog ni.. sejak balik cari cuti banyak betul kerja kena buat. Anugerah 2005 pun dah start. Episod pertama aku tengok ngan my parents. Actually Utk episod 1 dah record kat IMM tapi last minute kena reshoot. Maria J tak sempat sediakan baju untuk aku… itu yg dia kasi baju sempit tu… alahai kembang spare tyre aku….. heheheh malu siak!

Malasnya nak keluar rumah. Call Domino Pizza & chicken wing jer. Kejap lagi baru keluar gi shopping.

Chiao!!!!!