Macam hari-hari lain jugak, aku bangun… exercise sikit lebih kurang, tuang cereal (oppssss! pinggan takde… basuhlah…) potong kiwi, potong strawberi, tuang susu…. ngap! ngap! ngap! hmmmmmm.
Aku dah mula sambung ambil suppliment semula. Beli dah lama. $400! utk bekalan 1 bulan tapi tak pakai. Mak aku selalu cakap, kalau nak buat sesuatu buat dengan bersungguh. Ok lah mak, so far alhamdulillah. Kena call supplier ‘cos suppliment dah nak abis.
Lepas ni nak mandi, nak keluar pergi jilid tugasan and AKHIRNYA aku nak submit hari ni huahuhuhuaahuhuhu bangganya… (actually dah lambat seminggu… heheheh). Kalau sempat lepas tu aku nak gi jumpa hairstylist aku, nak trim rambut yg dah macam semak, panjang pendek. Lepas tu kalau sempat nak shopping sekejap untuk baju shooting esok.
Kalau setiap hari jumaat tu biasalah aku dan DJ Fiza O nak kena package rancangan KidzZone, aku pulak lepas tu nak package rancangan Kembara Classic, kenangan waktu aku tengah banyak duit melancong ke Holland… hehehe sekarang ni ke Holland Village je la….
Aku dah tengok skript untuk anugerah, oklah takdelah panjang sangat. Cuma aku ni kalau bab menghafal memang BEBAL sikit. Lini Lidia, penulis skript yg petite tu kata hari ni dia email kat aku yg updated. Hai! besok dah shooting Kak…
Dahlah…. nak mandi. Chiao!