Archive for July, 2005

25 July : 10pm

Monday, July 25th, 2005

Aku kembali membingitkan Ria 89.7FM semua berjalan lancar je… Kei Ria Ceria hari ni pun best. Biasalah partner in crime aku si Fika tu bergabung dengan Jimmy dan Karin (dj baru)…

Lepas duty aku gi makan di Warung By the Bay, indonesian food… best! banyak makan nak muntah pulak. Now dah sampai rumah… sambung tido lah.

Chiao!

24 July : 12.30am

Saturday, July 23rd, 2005

Aku start duty sekejap lagi… pukul 6 pagi… so excited…! lama tak on air.. rindu kat teman2 semua…

1st time aku tengok Konsert Akademi Fantasia 3. Kesian Akma keluar… suara dia bagus… errr korang blur ke? hehehhe ini program di ASTRO la…

Badan sakit aarrrr… nak urut jap…

Chiaooo!!!

21 July : 1pm

Thursday, July 21st, 2005

Hari ni hari ulang tahun ehem.. ehem… aku. Happy birthday sweetheart. Takde kek la. Tanda ingatan je.. hehehhe

Aku bangun tido… fresh sikit! nak mandi lah… nak study. Esok final exam!

Chiao..!

20 July : 9pm

Wednesday, July 20th, 2005

Akhirnya aku sampai ke rumah… Percutian yang paling tak best..! member-member yang lain check-in di Hyatt Hotel JB. Aku offer lepak rumah aku, mereka tak nak pulak… Lusa mereka balik KL.

Lega rasanya dah balik rumah… banyak bende lain nak buat ni… Rindu nak ke office. Jumaat ni nak kena bikin VO.

Huiiii ramai betul yang add aku jadi friends… tak menang tangan aku. Lepas ni nak basuh baju yang berlambak ni…. AXN channel ada CSI. Ahh lantaklah… malam nanti ada ulangan lagi.

Chiao..!!!

19 July : 11.30am

Monday, July 18th, 2005

Hujan lebat mencurah di Bandar Kuala Terengganu… Dari petang semalam aku dah keluar dari Pulau Perhentian ke tanah besar… Selsema aku makin teruk. So member aku decide bawak aku ke klinik. Malam ni aku kena tido sinilah. Check in hotel kat Kuala Terengganu.. Sigh..! Takpelah boleh jugak cari internet dan masuk kat sini.

Kepada yang hantar mesej kat aku tu, sorrylah kalau lambat reply.. paham-paham ler. Ada yang kata mereka tak boleh add aku as their friend sebab takde email address aku. Aikk? perlu ke? yg lain buat no problem pun. Oklah untuk memuaskan hati korang semua… email aku >> djdjdave@hotmail.com

oklah… nak sambung tido.. chiao!

16 July : 9.30pm

Saturday, July 16th, 2005

Aku baru sampai rumah… penat giler… Anugerah habis pukul 6 lebih… now rushing kemas baju nak gi KL.

Ok guys… kita akan jumpa 1 minggu dari sekarang…. kalau ada masa nanti aku masuk lagi. Sudi-sudilah hantar testimonial kat aku yek….

Nak mandi…

Chiao…..!!!

16 July : 8am

Friday, July 15th, 2005

Aku bangun pukul 5.55am! Pukul 6am start duty… kelam kabut sekejap… heeeeeee.

Hari ni duty ada sentimental sikit… Semua listener wish Happy Birthday… Maklumlah nak cuti seminggu ni. Nanti start duty balik 24 July.

Ok guys! nanti jumpa lagi di Ria !! Chiao…!

16 July : 1.00am

Friday, July 15th, 2005

Jumaat merupakan hari yang begitu meletihkan… aku boring lepak rumah sorang-sorang. Dah la demam, kena flu. Lepas tu petang kene pergi office ada VO utk Anugerah 2005. Now aku dah ada di office. Esok duty awal pagi, habis duty pukul 10am terus pergi shooting Anugerah 2003. Tak tau pukul berapa pulak habis… Hidung aku macam nak tercabut..!!!

Nak tido… kena rehat beb… Chiao!

15 July : 11am

Thursday, July 14th, 2005

Hari ni aku off. Ramai yang sangka aku dah start cuti. Actually esok aku kerja lagi. Awal pagi. Lepas tu terus ada rakaman Anugerah 2005. Walaupun cuti, petang ni pukul 6pm aku kena ke office. Nak kena buat VO utk Anugerah, then continue sambung buat recording program next week. Tido kat office la nampaknya malam ni…

Malam semalam Kak Pah & Fiza O celebrate birthday aku kat Swensen. Thank you guys! mereka belanja aku makan. hehehe Touching…

Aku SELSEMA…!!!! aaarrrggghhhh tension betul..!!!

14 July : 12pm

Wednesday, July 13th, 2005

Hari ni aku ke office awal. Bangun pun awal 7am. Sampai office pukul 10am. Bengang pulak bila tengok rain coat aku hilang!!! arrgghhh… cobaan…

Datang awal sebab banyak perkara nak buat ni… nak siapkan program untuk 2 minggu. Esok dah tak kerja. Shooting esok cancel, so tak payah datang la. Sabtu kerja awal pagi… perrghhhh ngantuk lagi la…

Lidah aku masih numb lagi sebab malam tadi makan kuaci putih… habis semua…

Nak sambung buat skrip… chiao!