Sempoi a.k.a Ayzack @ Suria

January 30th, 2007 by djsempoi

Nak tengok photoshoot yg aku buat recently? check this out!

http://www.flickr.com/photos/syahrin/sets/72157594503820342/show/

New email

January 29th, 2007 by djsempoi

Hey guys!

Sempoi dah ada email lain yg lebih proper bunyinya berbanding djdjdave@hotmail.com. lepas ni boleh email dj.sempoi@yahoo.com

Dulu… Kini…

January 22nd, 2007 by djsempoi

Dulu… Ria FM
Kini… Suria FM

Dulu… www.ria.sg
Kini… www.suriafm.com.my

Dulu… Dj Sempoi
Kini… Dj Ayzack (A.Z)

Perjuangan hanya satu, dari dulu hingga kini…

Muzik…

Selamat Tinggal

December 6th, 2006 by djsempoi

Pejam celik, pejam celik, dah hampir 4 tahun Sempoi merantau di negeri orang, mencari rezeki.

Ibarat sirih pulang ke gagang, pinang pulang ke tampuk. Setinggi mana terbangnya bangau akhirnya pulang hinggap di belakang kerbau.

Sempoi akan mengahiri Tugas di Ria 89.7FM tak lama lagi dan memulakan kehidupan kerja di tempat lain. Tiada lagi "Probably the Noisiest DJ in the World" akan memekakkan telinga korang semua.

Tapi, jauh di lubuk hati sempoi, sedih…… sangat. Tinggalkan teman2 di Ria yg dah macam adik beradik… Tapi apa nak buat, kerjaya harus diutamakan.

Kepada kawan2 di friendster juga, walaupun Sempoi dah tak bersiaran di Ria, namun kalau terserempak tu jangan lah segan2 nak tegur ya. Sempoi pun manusia biasa juga!

Selamat tinggal Ria FM. Nama DJ Sempoi hanya akan bersemi di dalam memori sahaja, untuk yg mengasihi. Yg membenci, pasti ini berita keramat yang paling di nanti.

=========================================================

BUDI

(Itulah harta kita)

Sebutir permata indah
Bersinar terang membelah
Jatuh di butiran pasir
Yang bukan ratus bilangannya

Dalam ribu juta angka butir kecil
Cahaya permata itu
Tiada hilang sinar
Biar segunung cemerlang terang
Terhadang oleh lautan perang

Itulah umpama budi
Yang tak pernah lari dari akal dan hati
Warisan bangsa kita
Dulu dan kini

Biar sekelumit budi tertabur
Andai jatuh diselimut masa
Pasti utuh dalam kenangan
Oleh yang menghargai

Melayu dan budi
Ibarat beras dan padi
Tiada asas tanpa diri

Budi itu jangan kurang
Apatah lagi untuk hilang
Kerana ia membentuk
Bangsa kita terpandang

Sejak berzaman
Ia lahir selari
Bersama watan
Yang setia azali

Segemal padi bertampi sudah
Daun kunyit celah jerami
Sekunca budi bukannya mudah
Ibarat langit dengan bumi

Hidupkah bangsa tanpanya?
Terisikah jiwa tanpanya ?

Pasti jawapan itu

Ada

dalam kesumat bangsa sendiri
Yang mampu mencorak
Watannya dari kasih dan iktikad

Pada orang kita
Jangan sampai hilang ia
Walau kadang kita terlupa
Baiknya ada sentiasa
Untuk belayar pada laut kehidupan
Agar kita dikenali
Sebagai nahkoda terbilang

Budi…. dan jasa….

Sempoi1

Bukan kata akhir…

January 27th, 2006 by djsempoi

Aku rasa lepas ni semakin kurang aku update blog ni. Lepas ni aku ke moblog (http://www.moblog.com.sg/)

Adalah sebab sebab yang tak payah diceritakan. Popoknya cari jelah nick aku di sana (Sempoi). Fiza O dan Bro BO punya blog pun ada.

New Year 2006

January 2nd, 2006 by djsempoi

SELAMAT TAHUN BARU !!!

Banyak kenangan tahun 2005 yang dah aku tinggalkan! Tahun 2006 yang datang harap harap akan lebih baik lagi. Yang penting, tahun ni merupakan tahun terakhir aku di usia 20 an. Biasalah la tu mana ada orang semakin lama semakin muda!

Aku nekad tahun ni azam aku nak lebih menjalani cara hidup sihat. Aku sign up kat fitness first. First move. hahahaha

Percutian tahun ni aku plan yang dekat-dekat jer. Mac ke Jkt, Mei ke Manila, July Ke Macau, September ke Bangkok. Cukuplah tu. Takyah gi jauh-jauh. January tahun depan (2007) aku dah ada rancangan ke Andora main ski! lama tak test skill. Dulu masa kat state ada gak ke Salt Lake City, now lutut pun dah longgar. Plan dari KL fly to London (Bestnye boleh jumpa member kat sana yang tak ingan nak balik tu!!!) then konvoi drive ramai2 ke Barcelona, then balik ke London semula & fly to Andora! Tak sabar lak rasanya……

Awal tahun ni banyak rancangan nak buat. Sibuk giler! School pun dah nak start!

Cakap pasal nak start sekolah ni, ada yg tanya aku "Tak penat ke Sempoi! asyik belajar je?" AKu jawab. Aku tak mau menyesal belakang hari.

Hari minggu yg lepas aku jalan2 di Ochard dan lepak dengan budak2 di sana, kongsi cerita kenapa mereka drop from school dan macam2 lagi. Mereka terperanjat bila tau aku dulu pun macam tu jugak! Ya! semua orang tak tau, aku pun pernah kena kick from university sebab belajar main-main. Sebab tu aku pesan kat mereka semua, belum terlamabat untuk kembali ke landasan yang betul.

Oklah lama gak aku lecture mereka. dari kul 4-6pm. hehehehe habis tu, apa lagi aktiviti biasalah! SHOPPING! hangus SGD500 gak. Takpelah sekali sekala apa salahnya.

Chiao!

15 Dec : 9.40pm

December 15th, 2005 by djsempoi

Baru balik dari Bangkok last monday! penat! duit banyak habis… barang utk my mom, dad, and adik beradik yang lain. Barang untuk aku? cuma tshirt 2 helai!

Sekarang ni tengah sibuk dengan Hip Hop Groove sempena Ria Hip 15. Tunggang langgang hidup sekejap…

Minggu ni nak balik KL. Jumpa member2 teater. Ada show kat Laman seni KL.

Arrrggghhhh ngantuk giler. Keje banyak lagi belum habis

7 Dec : 4.40pm

December 7th, 2005 by djsempoi

Aku terima berlambak lambak new friend request. So ap lagi accept je la. Tapi sampai tetiba ada error. La… rupanya friendster aku dah penuh. Sekejap je dah 1000 orang! Ada yg email aku suruh buat 2nd account. Perghhh nak mantain satu pun tak sempat, nak bukak satu lagi…. hmnmm slow2 la…

Furniture yg aku beli baru sampai pagi tadi. Semua berlonggok je tunggu dikemas. (Bila agaknya tu?)

Semua program aku nak kene siap by tomoro. Friday pagi dah terbang ke Bangkok.

Cakap pasal terbang ni, aku dapat tiket free from Air Asia. Cuma bayar taxes saja. So aku pun book la. Punyalah slow server…. mesti ramai yang nak tiket free kan! Air Asia bagi 2 juta seats. Akhirnya aku dapat free tiket ke 3 destinasi: Jakarta, Manila & Macau. Hahahahahahahahahahahahah Syiok! Teringat masa aku fly dari London ke Berlin dulu cuma 1 paun sterling jer. Naik Ryan Air - lebih kurang cam Air Asia gak lah.

Chiao!

05 Dec : 5pm

December 5th, 2005 by djsempoi

Penat!

Hari Sabtu & Ahad kerja awal pagi, semalam kawan teater aku si Joe Jambul kahwin di Tmn Cempaka. Dah kurang sorang member bujang aku.

Balik dari rumah dia, aku drive to nowhere! at last aku stop kat furniture mall. Then semangat nak shopping timbul. dari kul 4pm sampai kul 8mlm aku kat kedai tu. belek punya belek, akhirnya aku sambar 2+1 full leather seater, ‘open-space’ tv console & japanese style dining table.

Balik tengok cerita korea "the wig’ TAK SERAM PUN!

Terus tengok cerita bodoh- Road Trip

Lebih kurang kul 12 malam aku tido

Akhirnya……

8am aku bangun! Aaarrrgghhhhh!!! Migrane!

Aku MC ari ni. Family meeting pun tak pegi. Kerja hari ni kena tangguh dan buat esok. Alamak banyak kerja lain belum siap. Kena buat awal sebelum ke Bangkok Jumaat ni!

Akhirnya dapat gak rehat sekejap, walaupun dekat je kat BKK tapi takpelah. Mood shopping pun tengah baik ni…

Aku dah book diving tour 10 hari di Phuket-Similan-Koh Nao-Koh Kao. Tak sabar nak tunggu bulan Mac! Hahahaha nak jumpa duyung kat sana.

So tak tau nak buat apa kat umah, kemas rumah. Tetiba aku nampak digicam aku! omigosh! pic masa raya tak transfer lagik!

Isk… gambar raye…. macam biasalah… takde beza cam ari lain. so delete je lah

Isk! lapanye… nak makan apa kat umah ni? Ahhh order pizza jelah. Malas mau kuar!

Chiao!

I love u for no reason…

November 28th, 2005 by djsempoi

X : Why do you like me..? Why do you love
me?

Y : I can’t tell the reason.. but I really like
you..

X : You can’t even tell me the reason… how
can you say you like me? How can you say you
love me?

Y : I really don’t know the reason, but I can
prove that I love you.

X : Proof? No! I want you to tell me the
reason. My friend’s boyfriend can tell her why he
loves her.. but not you!

Y : Ok..ok!!! Erm… because you are beautiful,
because your voice is sweet, because you are
caring, because you are loving, because you are
thoughtful, because of your smile, because of your every movements.


X felt very satisfied with her boyfriend’s
answer. Unfortunately, a few days later, X met with an accident and
became comma. Y then placed a letter by her side, and here is the
content:

……………………….

Darling,

Because of your sweet voice that I love you… Now can you talk? No! Therefore I cannot love you.

Because of your care and concern that I like you..Now that you cannot show them, therefore I cannot love you.

Because of your smile, because of your every
movements that I love you.. Now can you smile?
Now can you move? No, therefore I cannot love you…

If love needs a reason, like now, there is no
reason for me to love you anymore.

Do love need a reason? NO!

Therefore, I still love you… And love doesn’t
need a reason.


" Sometimes the best and the most beautiful things in the world cannot
be seen, cannot be touched, but can be felt in the heart "